CATATAN DHUHA SEMINGGU BERSAMA USTAZ IDRIS AHMAD
Catatan Dhuha
Ahli Pas hendaklah memahami dasar yang jelas dan tegas pada perkara prinsip. Soal dosa dan pahala, syurga dan neraka merupakan satu motivasi untuk kita bekerja dan bersama dengan jamaah. Penglibatan kita bukan kerana tujuan duniawi atau kerana individu yang tertentu. Apabila dasar tidak faham maka ia akan goyang dalam sebarang tindakan dan larut dengan suasana. Ust Idris Hj Ahmad 26 Ramadhan 1436. 13 Julai 2015 Isnin.

Saya memohon mereka yang membaca catatan dhuha saya, agar berdoa kepada Allah supaya Allah memberi kekuatan kepada saya untuk beramal apa yang saya tulis. Saya takut, saya tidak beramal dengan apa yang saya tulis. Memang tulis dan cakap amat mudah. Tetapi apabila diuji, baru kita tahu diri kita sebenarnya. Ust Idris Hj Ahmad 27 Ramadhan 1436. 14 Julai 2015 Selasa.

Inilah lafaz Bai'ah setiap calon Pas sebelum bertanding di dalam pilihanraya. "Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihanraya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau kalah dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para Malaikat dan sekalian para pelaknat". Pengalaman saya memang menggerunkan apabila lafaz ini dibaca. Ya Allah engkau peliharalah hati aku. Ust Idris Hj Ahmad 28 Ramadhan 1436. 15 Julai 2015 Rabu.

Ya Allah pantasnya masa bergerak. Hari ini sudah 29 Ramadhan. Tanda dunia sudah hendak qiamat. Bagaimana puasa kita, tilawah dan Tadarus al-Quran kita, sedekah kita, Qiam kita. Jikalau Ok alhamdulillah. Jika tidak Ok, segera mohon keampunan kepada Allah dan berdoa agar sempat bertemu lagi pada tahun hadapan. Ust Idris Hj Ahmad 29 Ramadhan 1436. 16 Julai 2015 Khamis.

Orang yang tuduh TG Presiden hendak masuk Umno dan Pas hendak bergabung
dengan Umno, cuba tengok adik beradik, Ibu bapa, mertua, menantu,
ipar, rakan niaga tak ada Umno ka. Sudah berdakwah ka. Apa usaha yang
telah dibuat. Kalau keluarga terdekat pun tidak pernah diajak, jangan
pula tuduh orang lain teringin dengan Umno. Nanti orang kata keluarga
awak pun ramai Umno, apa yang telah awak usahakan. Nabi SAW berusaha
dakwah keluarga yang terdekat dahulu. Cerminkan diri dahulu sebelum
tuduh orang lain. Jangan kuman seberang laut nampak, gajah terbeliak
depan mata tidak nampak. Setakat yang saya tahu TG Presiden dan anak
menantunya dan keluarga terdekat tak adalah dari kalangan Umno. Renungan
akhir Ramadan. Ust Hj. Idris Ahmad. 29 Ramadhan 1436/ 16 Julai 2015
Catatan Dhuha
Semoga Ramadhan telah mendidik kita menjadi hamba yang soleh dan taat kepada Allah di dalam apa keadaan sekali pun. Bekalan yang menjadi pemangkin untuk terus istiqamah sehingga kemenangan samaada di dunia atau kemenangan dijauhkan daripada api neraka Allah SWT. Ust Idris Hj Ahmad 2 Syawal 1436. 18 Julai 2015 Sabtu

Oleh itu Islam hendaklah diletakkan lebih utama daripada nyawa, akal, keturunan dan harta. Walaupun perkara ini penting , namun Islam lebih penting daripada segala-galanya. Tidak ada makna tanpa Islam, kerana segala kepentingan yang dipelihara tanpa Islam tidak pernah membawa kebaikan kepada manusia. Ust Idris Hj Ahmad 3 Syawal 1436. 19. Julai 2015 Ahad.

sampai bila mat yeh!
BalasPadamsampai nak tengok parti hancur?
sampai bila mat yeh!
sampai orang terketar-ketar bila kita ugut?
sampai bila mat yeh!
sampai orang muda tunggeng punggung?
mat yeh ku sayang!
sedikit tercarit terasa koyak rabak!.
mat yeh ku sayang!
bila seorang kawan lari terasa sedih!.
mat yeh ku sayang!
bila kita tak bersalah mulia minta maaf.
mat yeh ku sayang!
bila tersalah segera mohon maaf barulah mukmin sejati!.
mat yeh ku sayang!
benar! kelapa setandang ada yang buruk!
mat yeh ku sayang!
kenapa dikerat setandang semuanya jatuh?.
jangan sembunyi mat yeh!
PAS yang ku sayang telah cemar!
jangan sembunyi mat yeh!
yang muda paling belakang!
jangan sembunyi mat yeh!
yang tua mengiling kepala!
jangan sembunyi mat yeh!
yang baca internet sedang menyampah!
kawanku mat yeh!
berilah ideal kepada ku,
bagaimana mengukuh parti?
bagaimana pula menarik yang muda?
bagaimana mengukuh yang tua?
by by by mat yeh ku sayang, I love you.