Kenyataan Media Presiden PAS
MALANGLAH BUAT MEREKA YANG TIDAK HADIR PERSIDANGAN OIC
Sidang Kemuncak OIC yang diadakan di Istanbul merupakan satu persidangan yang amat penting. Ia merupakan salah satu jalan kebaikan Islam di seluruh dunia untuk mengubah perhatian para pemimpin yang tidak mengambil peduli terhadap penjajahan Zionis ke atas Palestin. Begitu juga kehilangan kemuliaan mereka dan keberanian mereka, sebaliknya bersifat tegas terhadap orang mukmin dan lemah serta tunduk kepada orang-orang kafir. Mereka adalah kumpulan sekutu syaitan yang menjadikan musuh-musuh Islam sebagai pemimpin mereka.
Meskipun sidang kemuncak itu tidak mencapai tahap resolusi hingga kepada penentangan terhadap Perjanjian Balfour yang sudah dilupakan setelah munculnya isu Trump yang terbaru. Isu Palestin yang besar yang melibatkan setiap inci tanah yang dijajah itu telah diperkecilkan kepada isu penaklukan yang hanya terbatas kepada garis penjajahan pada tahun 1967 dan kemudiannya diperkecilkan lagi kepada isu Baitul Maqdis Timur.
Semoga sidang kemuncak yang terkini ini sekurang-kurangnya dapat merapatkan barisan kesatuan umat Islam untuk menghadapi cabaran selepas munculnya tipu daya Zionisme dan rancangan mereka selepas ini. Ia juga salah satu cara yang akan menyelesaikan isu utama umat Islam, iaitu isu penjajahan setiap inci tanah Palestin dan akan membebaskannya sepertimana janji Allah SWT.
Sesiapa yang menghadiri sidang kemuncak ini di dalam hati mereka adanya sekecil zarah kebanggaan terhadap Islam dan sebahagian daripada mereka lebih kuat daripadanya. Dan buruklah bagi mereka yang tidak hadir dan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat nanti. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Masyarakat minoriti Islam di seluruh dunia akan terus bersama-sama dengan saudara-saudara mereka di dunia Islam termasuklah yang bukan Islam juga turut menuntut agar Palestin dibebaskan daripada belenggu Zionis. Mereka menyertai demonstrasi secara lisan dan pena, bahkan dengan perasaan selemah-lemah iman mereka.
Maka, dimanakah mereka yang tidak hadir di kalangan raja-raja, para pemerintah dan para ulamak yang menyifatkan mereka sebagai ‘Ulul Amri’ di atas muka bumi Islam. Tidakkah mereka merasa malu kepada Perdana Menteri Venezuela dari wilayah jauh nun di sebelah Barat yang hadir sebagai penghormatan ke atas umat Islam? Malangnya masih ada sebahagian pemimpin dan raja-raja yang tidak hadir sebagai tanda penghormatan kepada Zionis dan sebahagian yang dilahirkan daripada mereka. Malanglah bagi mereka yang tidak hadir!
Kami dengan sepenuh keyakinan beriman kepada sabda Nabi Muhammad S.A.W yang tidak bercakap dengan hawa nafsunya:
“Sesungguhnya ahli Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya tidak akan terkesan sama sekali dengan sesiapa yang ingin melemahkan dan menghina mereka, dan tidak sedikit pun tindakan itu memudaratkan para pejuang (yang memperjuangkan kebebasan Palestin) sehinggalah datangnya janji kemenangan daripada Allah SWT.”
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS,
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Bertarikh: 26 Rabiul Awal 1439 / 15 Disember 2017
بئس من تغيب عن القمة
فإن مؤتمر قمة التعاون الإسلامي المنعقد في اسطنبول له أهمية كبرى للشوارع المسلمة حول العالم، للحيلولة دون اهتمام القادة المغلوبة عليهم السياسة الصهيونية، وزوال عزتهم وهوان مرؤتهم، أعزة على المؤمنين أذلة على الكافرين، أولئك حزب الشيطان الذين يتولون أعداء الإسلام والمسلمين.
رغم أن قرار القمة ما وصل إلى قمة القرار ضد وعد بلفورالمشؤوم ممن لا يملك لمن لا يستحق، ووضعوه في ملف النسيان بعد شعلة وعد ترامب الأصغر منه، وتراجعت القضية الفلسطينية الكبرى إلى قضية الأرض المحتلة عام 1967 ثم قضية القدس الشرقية وقامت بتصغيرها.
فلعل القمة الأخيرة لتقريب صفوف المسلمين على الأقل لمواجهة التحديات بعد بروزمكر الصهيونية ومخططاتها بعد حين، وستحل قضية فلسطين الكبرى وسيتم تحريرها بوعد الله.
فإن من حضر القمة في قلبه مثقال ذرة من عزة الإسلام ومنهم من أقوى منها. فبئس من تغيب عنها وخسر الدنيا وأما الآخرة فالله أعلم.
وقامت الجاليات الأقليات الإسلامية مع إخوانهم في العالم الإسلامي وقام معهم أحرار العالم من غير المسلمين بالمظاهرات بالألسنة والأقلام وحتى أضعف الإيمان.
فإين من تغيب من الملوك والأمراء والرؤساء والعلماء الذين وصفوهم بأولي الأمر في الأراض الإسلامية وحضر رئيس بينيزيولا من أقصى الغرب احتراما للمسلمين وتغيب بعض الرؤساء والملوك والأمراء احتراما للصهاينة ومن تولد منها، فبئس من تغيب.
ونحن على يقين وإيمان بقول الرسول صلى الله وسلم الذي لا ينطق عن الهوى: فإن أهل بيت المقدس وأكناف بيت المقدس لا يضرهم من خذلهم أو خالفهم حتى يأتي أمر الله.
عبد الهادي أوانج
نائب رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين
رئيس الحزب الإسلامي في ماليز
Tiada ulasan:
Catat Ulasan