DEKATI REMAJA DENGAN HIBURAN ISLAMIK
Islam Tidak Melarang Umatnya Berhibur Selagi Panduan Syariat Diikuti.
BAGAN DATOH : Melihat hiburan sebahagian dalam kehidupan para remaja masakini, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh telah megambil langkah terbaik dengan menganjurkan sebuah program keremajaan serta hiburan berbentuk Islamik di sini, kelmarin.
Program julung-julung kalinya tersebut telah dilangsungkan di Parit 1, Sungai Sumun, lalu mendapat sambutan hebat walaupun dalam keadaan cuaca yang dingin dan hujan ketika program berjalan. Namun ianya tidak menghalang kira – kira 250 orang hadirin untuk sama – sama menyaksikan dan memeriahkan lagi progam hiburan bertemakan “ Dulu Rock, Kini Dakwah ” itu.
Turut hadir sebagai jemputan ahli panel forum, Ustaz Akmal Kamaruddin, Pengerusi NGO Semarak, Ustaz Abdul Fatah Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan serta Saudara Q-Har, penyanyi kumpulan Haraki Band bagi sama – sama membincangkan dan menjelaskan hiburan yang dibenarkan oleh Islam. Selain itu, mereka juga berkongsikan pengalaman di dalam bidang seni selama ini bersama hadirin.
Para hadirin khususnya remaja juga tertarik dengan persembahan nyayian Saudara Q-Har dalam program tersebut. Selain dihiburkan 4 buah lagu, turut dimeriahkan lagi majlis dengan telatah dan celoteh pengerusi bersama, hadiah cabutan nombor bertuah dan nyayian bebas daripada golongan remaja yang hadir.
Menurut Ustaz Abdul Fatah, sebenarnya Islam agama yang sempurna dan tidak sesekali melarang umatnya berhibur seperti nyayian dan bermain alat muzik. Sesungguhnya hiburan menjadi harus ketika mana ianya mengikut panduan syariat Islam, dan haram ianya apabila tidak mengikut ketetapan dan batas – batas yang ditentukan.Ujarnya beliau ketika menjawab persoalan diajukan berkaitan hukum bermain muzik pada pandangan Islam.
Pengarah program, Hamir Hamzah Ibrahim berkata tujuan serta matlamat penganjuran program tersebut adalah untuk memperkenalkan dan merapatkan golongan remaja dengan hiburan Islam sekaligus mencegah daripada hiburan melalaikan serta gejala sosial yang semakin meruncing.
Walaupun pada peringkat awalnya, jemputan utama program iaitu saudara Sham Kamikaze, bekas gitaris kumpulan rockers Kamikaze tidak dapat hadir bersama disebabkan masalah tidak dielakkan. Namun, kemeriahannya tetap dapat dirasai para hadirin yang turut bersama – sama malam itu.
Allah hantar Q har ke kita malam tu kerana beliau ada sentuhan tersendiri as bekas pelajar Ulum,bersyukurlah ada hikmahnya
BalasPadam