Sabtu, 26 November 2011

MASALAH PEPARITAN TERUS MENGHANTUI RAKYAT

BAGAN DATOH : Rakyat  di sini terus dihantui masalah peparitan yang tiada berpenghujung. Buktinya apabila musim hujan, air melimpah dan tidak mengalir kerana tiada sistematik pengaliran air oleh pihak berwajib.

Oleh demikian, diharapkan wakil rakyat ( Datuk Zahid - Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Dato' Sha'arani - ADUN Rungkup ) tidak lepas tangan dan seharusnya bertanggungjawab kepada rakyat. 

Diingatkan kepada mereka ( Zahid dan Sha'rani ), jangan asyik berpolitik kotor dan menjaga kroni semata - mata, rakyat di biarkan dalam bahaya.Terlalu banyak mengata kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat seperti Kedah dan  Kelantan ( sering banjir setiap tahun ), beliau jangan lupa tidak mustahil Bagan Datoh juga boleh BANJIR bila - bila masa.






Ia bukan sekadar berbahaya, malahan keselamatan anak - anak kecil dan dewasa di sekitar kawasan ini tidak terjamin seperti tragedi mati lemas dan hanyut. Biar berjaga - jaga daripada sudah berlaku baharu bertindak.




Para peniaga bimbang kerugian sekiranya air terus naik dan melimpah.










Para peladang dan petani mengalami kerugian apabila takat air melimpah dan membanjiri kebun dan tanah mereka.

RAKYAT TUNGGU APA LAGI ?? MASA UNTUK BERUBAH !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan