Anak Muammar Gaddafi dibicara di Libya
TRIPOLI - Saif al-Islam, anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan dibicarakan di Libya dan keputusannya diumumkan sebelum pertengahan Jun depan, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.
Keputusan itu dimaklumkan segera selepas kumpulan hak asasi manusia menggesa Libya menyerahkan Saif kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana khuatir dia tidak akan dibicarakan secara adil.
Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mohammed al-Hareizi berkata, Saif akan dipindahkan ke Tripoli dari Benghazi dalam tempoh 10 hari dan perbicaraannya akan berakhir sebelum pilihan raya yang dijadualkan akan berlangsung dalam tempoh dua bulan lagi.
“Dia akan didakwa atas kesalahan merogol, membunuh dan rasuah,” menurutnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan