Selasa, 10 Julai 2012

BETULKAH UMNO MEMPERJUANGKAN ISLAM ?


KAMI MAHU DATO’ SERI ULAS ISU HUDUD DI JOHOR : PEMUDA PAS BAGAN DATOH

Isu hudud timbul di Johor setelah ADUN Kemelah ( Dato’ Ayub Rahmat ) mencadangkan agar hukuman hudud dilaksanakan di negeri tersebut.Namun ianya di tentang hebat oleh Presiden MCA.


BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh menggesa agar Ahli Parlimen Bagan Datoh, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan ke atas Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek kerana menghina hukuman Islam. Sebagai umat Islam dan mendakwa memperjuangkan Islam semestinya beliau sensitive berkaitan isu tersebut.

Sebagai Naib Presiden Umno, adalah diangap sebagai seorang yang “ bacul ” apabila terus mendiamkan diri apabila Islam yang diperliharanya dicaci dan dihina oleh rakan kompenan Barisan Nasional ( BN ).

Pemuda PAS kesal apabila kenyataan Presiden MCA itu jelas menghina Islam apabila beliau menentang serta tidak bersetuju apabila Dato’ Ayub Rahmat mencadangkan agar Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukuman hudud di negara ini.

Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek menyatakan ketidakpersetujuan cadangan tersebut dengan mengatakan bahawa ADUN Kemelah ( Dato’ Ayub ) sebagai sudah tentu kehabisan idea dan hilang akal sebagai mencadangkan hudud di Johor.

Demikian itu, Pemuda PAS Bagan Datoh memohon agar Dato’ Seri Ahmad Zahid sebagai Naib Presiden Umno dan Ahli Parlimen kawasan tersebut untuk menyatakan bantahan kepada rakan seperjuangan parti barisannya ( BN ), Dr. Soi Lek apabila beliau tidak menghormati Islam dengan menghina hukuman hudud yang bakal dilaksanakan di negara ini.

“ Kami sebenarnya menyokong penuh apabila ADUN Kemelah ( Dato’ Ayub ) mencadangkan hudud dilakasanakan di Johor. Ianya ( hudud ) adalah hak Allah SWT yang perlu dilakukan oleh hambanya.” Jelas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh,Ustaz Mohd Suhaimy Samsuri.

Namun menurutnya lagi, beliau yakin Dato’ Seri Zahid akan terus mendiamkan diri berkaitan isu tersebut apabila beliau sendiri pernah menyatakan bantahan untuk hudud dilaksanakan di Malaysia dalam sebuah akhbar harian satu ketika dahulu.

Dakwanya kerana kesesuaian melaksanakan hukuman tersebut pada masakini di negara ini apabila rakyat wujud dalam masyarakat majmuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan