Rabu, 11 Julai 2012

KEMPEN UMNO/BN GUNA DUIT RAKYAT TUTUP MATA RAKYAT


MUNGKIN INI KEMPEN ZAHID BILA HAMPIR PILIHANRAYA : DAKWA DUIT RAKYAT SEBAGAI DUIT UMNO/ BN.

Betulkah ianya ikhsan atau sekadar “suapan” sebagai untuk mengkaburi mata rakyat kononnya Umno/ BN yang beri segalanya.


Pilihanraya Umum 2004 :  Sebagai buktinya, minit mesyuarat ini jelas menunjukkan bahawa Umno/ BN telah menyalahgunakan wang rakyat untuk kempen parti mereka. Ianya tertera pada penyata bil. 2.6. :

“ Suatu yang mensukacitakan ialah halaman sekolah telah ditar atas ikhsan Dato’ Zahid Haji Hamidi sebelum menjelang pilihanraya baru – baru ini hasil rundingan dengan guru besar.”


Minit mesyuarat ini milik Ahli Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat Tarbiatul Atfal, Sg. Dulang Dalam, Sg. Sumun.Ianya bertarikh 15 Jun 2004.

Maka timbul persoalan di sini :

1 ) Mengapa bila tiba hampirnya Pilihanraya  baru bersifat ikhsan mahu berjasa kepada rakyat ?

2 ) Dari mana sumber kewangan tersebut? Duit rakyat atau duit Umno/ BN ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan