Rabu, 5 Jun 2013

TAHNIAH KEPADA PENGARAH JPR DPPK BAGAN DATOH! HJ. HAIDIR SELAMAT BERGELAR SUAMI.

DIUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU DAN TAHNIAH KEPADA SDR. MUHAMMAD HAIDZIR SETELAH SELAMAT DIIJAB KABULKAN BERSAMA PASANGANNYA.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ucapkan dan doakan semoga kekal bahagia kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPK Bagan Datoh.

BAGAN DATOH : Setelah mengikat pertunangan selama setahun, akhirnya Muhammad Haidzir bin Ajid telah selamat bergelar sebagai suami kepada Azhana binti Abdul Wahab setelah selamat diijab kabulkan dalam satu majlis di rumah pegantin perempuan. Mereka yang telah mengikat pertunangan setahun lalu telah dinikahkan oleh Imam Masjid Kg. Parit 15.




Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung pada hari Jumaat, 24 Mei lalu bertempat di Parit 15, Hutan Melintang. Majlis yang dilangsungkan secara kecil-kecilan itu telah dihadiri sanak-saudara terdekat dan sahabat handai kedua-dua pihak pengantin.

Muhammad Haidzir merupakan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh selamat dan sah bergelar suami dengan sekali lafaz di majlis tersebut. Manakala isterinya, Azhana merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini.

Majlis walimatul urus kedua-dua pihak pegantin telah diadakan pada 26 dan 27 Mei di rumah masing-masing.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan