Rabu, 5 Jun 2013

TANDA RAKYAT TO;AK UMNO-BN : PR MENANG PRU 13 KEKALKAN DUN HUTAN MELINTANG.

KEMENANGAN DI DUN HUTAN MELINTANG MENJADI TANDA PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP UMNO-BN

Mohammad Nizar bersama rakyat Bagan Datoh sambut kemenangan YB. S. Kesavan di majlis kesyukuran anjuran parti tersebut di Parit 1, Sg. Sumun.

BAGAN DATOH : Dalam Pilihanraya Umum ( PRU ) ke 13 lalu sekali lagi telah menyaksikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang lalu juga merupakan calon PKR di DUN tersebut, S. Kesavan telah berjaya mengekalkan kerusi tersebut. Beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN itu dengan mengetepikan 3 lawan iaitu calon daripada Barisan Nasional ( BN ), calon bebas dan calon BERJASA.


Satu majlis meraikan kejayaan tersebut telah di anjurkan pihak Pakatan Rakyat Bagan Datoh bertempat di perkarangan rumah Tn. Hj. Ariffin @ Ramli bin Husin, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh di Parit 1, Sg. Sumun.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan