MUKTAMAR TAHUNAN DPPN PERAK KALI 30
: PERWAKILAN DPPK BAGAN DATOH HADIR BERSEMANGAT DAN PENUH MAHABBAH
Perwakilan menyokong penuh Ucaptama
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi bertemakan “ Melestari Ukhuwah,
Mengukuhkan Jemaah”.
IPOH, 3 Nov – Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan
Datoh mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang
telah berjaya melaksanakan Muktamar Tahunan peringkat dewan tersebut. Muktamar
yang bersidang di dewan Hotel Tower Regency, Ipoh tersebut juga telah
menyaksikan beberapa perubahan tampuk pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri.
Bertemakan “ Melestari Ukhuwah,
Mengukuhkan Jemaah “ telah membawa semula ahli pemuda PAS kembali kepada asas
perjuangan parti tersebut. Berikut kesedaran itu, tema tersebut telah dipilih
sebagai mengukuhkan dan memperkuatkan barisan pimpinan serta seluruh pemuda PAS
untuk menghadapi cabaran masa mendatang.
Sebanyak 24 kawasan perwakilan telah
hadir untuk bermuktamar dan memilih kepimpinan penggal baharu dengan lancar dan
baik serta penuh kasih-sayang. Tidak ketinggalan menghantar wakil ke
persidangan muktamar tersebut ialah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK
) yang diwakili seramai 8 orang perwakilan.
Antara perwakilan tersebut ialah
Ustaz Mustofa Saifuddin ( Ketua ), Ustaz Amir Hamzah Ibrahim ( Timbalan ketua
), Ustaz Hasnizam Hassan ( Naib Ketua ), Ahmad Syukri Md. Suhot ( Bendahari ), Ustaz
Mustaid Saifuddin ( Ketua Penerangan ), Hj. Muhammad Haidzir Ajid ( Pengarah
Pilihan raya ), Ustaz Khairi Abdullah ( AJK ) dan Muhammad Nizam Khairi ( AJK ).
Perwakilan tersebut juga menyokong
penuh ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, YB. Ustaz Zawawi Abu Hassan yang
bertemakan “ Melestari Ukhuwah, Mengukuhkan Jemaah “.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan