Selasa, 14 November 2017

BAJET 2018 : PAS BERKECUALI LAGI

BAJET, PAS BERKECUALI LAGI

Oleh: Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS

Tarikh :13/11/17
Hari ini tamat Menteri menjawab Perbahasan Belanjawan 2018 di Peringkat Dasar. Setelah dibahas daripada 30 Oktober 2017 hingga 13 November 2017. Petang ini hari untuk mengundi. Menyokong 107 orang, menentang 59 orang dan 11 orang berkecuali.  Peraturan membenarkan untuk sokong, tolak atau tidak mengundi ( berkecuali). Keputusan PAS berkecuali bermakna ada yang PAS sokong dan ada yang PAS bangkang. 
PAS sokong perbelanjaan yang bermanfaat kepada rakyat seperti mendirikan sekolah, hospital, BRIM, biasiswa, bantuan kepada petani, nelayan. 
PAS membantah 1MDB yang tidak selesai hingga kini, masalah Felda, GST yang menyusahkan rakyat miskin, Tol,  ketirisan, projek tidak sampai kepada sasaran, diskriminasi, kroni. Semua Ahli Parlimen PAS membantah dan memberi cadangan sewaktu membahas bajet. 
Cuma PAS berkecuali ketika mengundi. Apa masalahnya?. Musuh PAS akan tuduh macam-macam. Modal yang paling popular PAS hendak ber UG dengan umno. PAS hendak bagi nafas kepada DS Najib. PAS sudah lali dengan tuduhan itu. 
Jikalau Ahli Parlimen PAS tolak bajet,  tiba-tiba sewaktu bahas kita minta kerajaan berikan projek sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain lagi. Bukankah ini satu kepelikan, tolak tetapi minta projek?. 
PAS ada sikap yang tersendiri. RUU 355 PAS sokong kerana manfaat kepada ummah. Walau pun Pakatan Harapan menolak. RUU 364, PAS lawan walau pun dibawa oleh kerajaan. Pakatan Harapan menyokong, malahan mencadangkan supaya kerajaan membawa ke dalam parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat untuk mendapat 2/3. PH bersedia untuk bersama kerajaan BN dalam isu RUU 164. PAS tidak tuduh PH ber UG dengan BN. 
Hari ini PAS berkecuali lagi. Sikap PAS jelas, kebenaran rakan PAS, walau pun yang membawa itu musuh. Kebatilan  adalah musuh PAS walau pun yang membawa itu kawan PAS. PAS meraikan mereka yang menentang bajet, terpulang kepada pendirian masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan