pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 7 Disember 2012

RUNGKUP : PAS TERUS SAMPAI MAKLUMAT DAN MESRAI RAKYAT.

SEHARI PAS BERSAMA RUNGKUP : PIMPINAN PAS NEGERI TURUN SANTUNI RAKYAT SAMBIL EDARKAN RISALAH MAKLUMAT

Hj. Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 antara pimpinan bersama Ahli Jawatankuasa Harian  Negeri lain yang turun padang bertemu rakyat di Rungkup.

RUNGKUP : Bermatlamatkan mendekati rakyat dan meyampaikan maklumat semasa, pimpinan PAS Negeri Perak baru- baru ini telah mengadakan satu program sehari turun padang untuk bertemu rakyat dan pengundi di sekitar DUN Rungkup di sini.

Rombongan yang diketua oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak, Tn. Hj. Razman Zakaria yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong telah disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Harian PAS Perak. Rombongan tersebut disambut oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki yang turut merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak dan rakyat Rungkup.

Program sehari itu dimulakan dengan bersarapan pagi di pekan Selekoh. Rakyat bersama  pimpinan telah dijamu dengan pelbagai menu oleh tuan kedai, Hj. Husin.


Seterusnya para pimpinan dan rakyat turun ke pekan Bagan Datoh untuk bersama- sama mengedarkan risalah kepada pengungjung pasar pada hari tersebut.

Pada waktu tengaharinya pula, para pimpinan telah dibawa ke majlis- majlis kenduri kahwin di sekitar Bagan Datoh. Setelah itu, mereka meneruskan program sehari itu dengan melawat serta ziarah golongan yang kurang bernasib baik.

Pada sebelah petangnya pula, satu majlis Hi- tea telah dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan untuk meraihkan kepulangan Ketuanya, Pn. Hjh. Rahimah Samuri dan suami yang baru sahaja pulang daripada Tanah Suci Mekkah menunaikan ibadah haji. Kehadiran pimpinan muslimat negeri menambahkan lagi seri majlis tersebut.

Manakala Pemuda PAS kawasan telah mengadakan perlawanan persahabatan acara futsal di gelanggang Rungkup yang turut disertai pimpinan negeri dan pemuda. 










Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008