Thursday, 9 July 2009
MAKAN MALAM AMAL PAS BAGAN DATOH
Majlis ini akan di adakan pada hari Ahad, 02 Ogos 2009 ini bertempat di Dataran Markaz PAS Parit 24 , Tanjung Bayan , Hutan Melintang bermula jam 8.00 malam. Majlis ini juga akan turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato'Seri Ir.Hj.Mohamad Nizar Bin Jamaluddin.
Kupon-kupon yang berharga RM 30.00 adalah sebagai sumbangan amal anda untuk dana pembinaan dan baik pulih markaz tersebut.
Tuan-tuan dan saudara yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi PAS Kawasan Bagan Datoh mulai esok untuk mendapatkan kupon tersebut atau boleh terus hubungi saudara Tarmizi ditalian 0194139789 atau Suhaimi 0195754441.
Tuan-tuan diminta bawa bersama kad kupon tersebut semasa hadir ke majlis tersebut.
Wednesday, 13 May 2009
DS Nizar masih kekal Menteri Besar Perak yang sah
Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.
Ini bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry bukannya bermakna Zambry boleh berbuat apa-apa fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB Perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat MB Perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.
Kesan perintah penangguhan itu terhadap MB yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai MB selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.
Soalan pokok siapa MB Perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah MB Perak yang sah dan kekal sebagai MB di negeri Perak sekarang.
Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai MB (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila-bila masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.
Jadi, persoalan besar sekarang, dari mana Zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai MB sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang..?
Monday, 11 May 2009
Dato Seri Ir.Hj.Mohd.Nizar MB Perak Yang Sah..!

mpv baru produa
Thursday, 7 May 2009
Raja muda Perak masuk ke dewan.
Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.
Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.
Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.
Sebelum Sidang bermula sekalai DS. Nizar merafak sembaah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.
Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.
Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.
Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.
Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya unntuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.
Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengngarahkan kedua ADUN PR itu keluar.
Namaun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 adun berkenaan.
BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.
Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:10 PM













