pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 28 Jun 2015

CATATAN DHUHA BERSAMA YB. USTAZ IDRIS AHMAD, NAIB PRESIDEN PAS.

SEMINGGU CATATAN DHUHA USTAZ IDRIS AHMAD : 5 RAMADHAN - 11 RAMADHAN 1436


Catatan Dhuha
Anggota parti daripada pemimpin hingga ahli biasa mesti ditarbiah dengan ilmu pengetahuan, kesabaran, ketekunan, bertawakkal dan mengharapkan balasan daripada Allah SWT. Ia merupakan bekalan untuk menghadapi cabaran dalaman atau luaran sebagaimana mereka yang terdahulu lalui. Ust Idris Hj Ahmad 5 Ramadhan 1436. 22 Jun 2015 Isnin.

Catatan Dhuha
Ada manusia yang mampu menghadapi ujian dengan kesusahan tetapi tewas apabila diuji dengan kesenangan. Ada manusia yang mampu menghadapi ujian dengan kesenangan tetapi tewas dengan ujian kesusahan. Ya Allah jangan engkau uji kami dengan ujian yang tidak kami mampu hadapi sehingga menimbulkan fitnah kepada kami. 
Ust Idris Hj Ahmad 6 Ramadhan 1436. 23 Jun 2015 Selasa.

Catatan Dhuha
Perkataan ikhlas senang disebut dan ditulis, tetapi betapa sukarnya untuk diterapkan dalam amalan. Ibadah puasa merupakan mekanisme untuk mentarbiah kita supaya ikhlas dalam amal kerana tidak ada siapa pun yang boleh mengetahui samaada kita berpuasa atau tidak. 
Ust Idris Hj Ahmad 7 Ramadhan 1436. 24 Jun 2015 Rabu.

Catatan Dhuha
Zaman media sosial akan timbul berbagai persepsi kepada kita. Sikap serba tidak kena akan dituju kepada kita. Menjawab salah, senyap pun salah. Kalau jawab, akan dituduh kita tidak boleh terima kritikan. Lebih baik kita menjawab dengan amalan daripada kata-kata. Sebabnya buang masa sahaja, kita tulis lain dia faham lain. Memang tabiat orang yang hendak mencari salah orang. 
Ust Idris Hj Ahmad 8 Ramadhan 1436. 25 Jun 2015 Khamis.

Catatan Dhuha
Kritikan musuh mesti kita ambil perhatian kerana sahabat yang akrab kadang-kadang mereka segan hendak memberi tahu kepada kita mengenai kelemahan kita. Perbetulkan cepat-cepat jika itu satu kebenaran. Lebih baik kita kembali kepada kebenaran daripada kita kekal di dalam kebatilan. 
Ust Idris Hj Ahmad 9 Ramadhan 1436. 26 Jun 2015 Jumaat.

Catatan Dhuha
Kita harus sedar bahawa matlamat perjuangan Pas sangat sukar. Kita mesti mengharungi bermacam-macam onak dan duri dan berbagai-bagai ujian yang mesti dilalui. Ini merupakan sunnah perjuangan yang dilalui oleh orang-orang yang terdahulu. 
Ust Idris Hj Ahmad 10 Ramadhan 1436. 27 Jun 2015 Sabtu.

Catatan Dhuha
Mereka yang menyertai jamaah semestinya ada kepercayaan di dalam hatinya tentang dasar jamaah. Mereka bersedia untuk ditarbiah kerana mereka sedar dengan tarbiah akan mengekalkan kefahaman dan penghayatan yang sebenar kepada jamaah. 
Ust Idris Hj Ahmad 11 Ramadhan 1436. 28 Jun 2015 Ahad.

Sabtu, 27 Jun 2015

SAFF KEPIMPINAN PENUH DPP MALAYSIA SESI 2015 - 2017

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
7 Ramadhan 1436 / 24 Jun 2015
"Kabinet Penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Sesi 2015 - 2017"

1. Sukacita saya maklumkan bahawa kami, selepas menilai pandangan dan cadangan daripada pelbagai peringkat jentera parti dan pemuda PAS, telah menyempurnakan perlantikan dan memuktamadkan senarai penuh organisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 - 2017.

2. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa yang akan memegang portfolio lajnah dan jabatan dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia sesi ini:

2.1. JAWATANKUASA HARIAN

2.1.1. Ketua Pemuda:
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)


2.1.2. Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)


2.1.3. Naib Ketua Pemuda:
Ir. Haji Khairil Nizam Khirudin (Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS))


2.1.4. Setiausaha:
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (Pengerusi Sekretariat Pemuda)


2.1.5. Penolong Setiausaha 1:
Sdr Nurul Islam Mohamed Yusoff


2.1.6. Penolong Setiausaha 2:
Sdr Damanhuri Dol 


2.1.7. Penolong Setiausaha 3:
Sdr Mohd Eikhwan Mohd Ali 


2.1.8. Bendahari:
Engr. Mukhtar Suhaili 


2.1.9. Ketua Penerangan:
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari


2.1.10. Pengarah Pilihanraya Pemuda:
Ustaz Syarhan Humaizi Halim 


2.2. JAWATANKUASA KERJA

2.2.1. Pengarah Strategi:
Sdr Syahir Sulaiman


2.2.2. Akademi Tarbiyah Pemuda
Pengerusi: YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
Timbalan Pengerusi: Ustaz Hazmi Dibok


2.2.3. Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP)
Pengarah: Ir. Hadi Amat


2.2.4. Lajnah Dakwah
Pengerusi: Ustaz Mohd Hafez Sabri
Timbalan Pengerusi: Sdr Zulzaim Hilmie Abidin


2.2.5. Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Rakyat
Pengerusi: YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim
Timbalan Pengerusi: Ustaz Nor Azariza Alawi 


2.2.6. Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO
Pengerusi: Ustaz Mohamad Ibrahim


2.2.7. Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka
Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa


2.2.8. Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak
Pengerusi: Sdr Mohamad Arifiriazul Paijo


2.2.9. Jabatan Penerangan dan Media Baru
Pengarah: Sdr Izwan Abdul Halim 


2.2.10. Jabatan Pilihanraya Pemuda
Timbalan Pengarah: Sdr Al Ghazali Abu Bakar


2.2.11. Jabatan Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS)
Timbalan Pengarah: Ustaz Bilal Rahuddin 


2.2.12. Jabatan AMAL
Pengarah: Sdr Mohd Nazree Mohd Aris 


2.2.13. Jabatan PASTI
Pengarah: YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat 


2.2.14. Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah
Pengarah: Ustaz Muhammad Ismail 


2.2.15. Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Pengarah: Sdr Ahmad Taufiq Kamaruddin 


2.2.16. Jabatan Pembangunan Mahasiswa Luar Negara
Pengarah: Ustaz Syed Kadir Hussin


2.2.17. Jabatan Pembangunan Graduan
Pengarah: Dr. Abdul Azim Abu Hasan 


2.2.18. Jabatan Pembangunan Pelajar
Pengarah: Sdr Hishamuddin Mustafa 


2.2.19. Jabatan Professional Muda
Pengarah: Prof. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid 


2.2.20. Jabatan Hal Ehwal Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Pengarah: Sdr Wan Rohimi Wan Daud 


2.2.21. Jabatan Teknologi Maklumat
Pengarah: Sdr Wan Asrul Affendi Wan Mohamad


2.2.22. Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar
Pengarah: Prof. Dr. Muhammad Ibrahim 


2.2.23. Jabatan Perbendaharaan
Pengarah: Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengarah: Ustaz Yussaine Yahya 


2.2.24. Jabatan DHPP Muda
Pengerusi: Sdr Balendren a/l N. Balasubramanian


2.2.25. Ketua Staff: Ustaz Abdul Hadi Mohd Ghazali 

3. Saf kepimpinan DPPM kali ini adalah kombinasi lulusan agama, profesional dan aktivis dengan pelbagai latar belakang bidang serta kepakaran.

4. Maka, dengan lengkapnya senarai ini, saya bagi pihak seluruh anggota Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan komitmen bahawa kami akan terus bekerja menyampaikan agenda Islam kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.

5. Kami mengulangi penegasan dan dukungan kami terhadap kepimpinan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan akan memastikan usaha pengukuhan dan kekuatan jamaah PAS sebagai wadah tarbiyah, dakwah dan siyasah.

6. Kami menyeru sokongan seluruh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia terutama anak muda untuk bersama kami memacu ke arah Malaysia yang lebih baik.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Rabu, 24 Jun 2015

SENARAI AJK PAS PUSAT 2015-2017.

Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017
HARAKAHDAILY | 23 Jun 2015
.


Senarai kabinet PAS Pusat sesi 2015-2017 yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Harian (Lantikan) dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Tambahan (Lantikan) telah diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada media pada 21 Jun 2015 yang lepas.

Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa PAS Pusat, hampir semua lajnah mendapat pengerusi yang baru kecuali 4 sahaja iaitu, Lajnah Politik dan Pilihan raya (dipengerusikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), Lajnah Dakwah (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), Lajnah Pendidikan (Datuk Mohd Amar Abdullah) dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen (Datuk Mahfuz Omar).

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar telah digabungkan menjadi satu lajnah yang akan dikenali dengan nama Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar. Lajnah ini dipengerusikan seorang muka baru, Sanusi Mohd Noor, mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Serentak dengan penggabungan tersebut, satu portfolio baru yang dinamakan Lajnah Hubungan NGO telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh seorang lagi muka baru, Prof Madya Zainal Abidin Kidam, mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Sementara Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kembali dipengerusikan oleh Setiausaha Agung seperti di awal penubuhannya pada tahun 2000 dahulu. Manakala satu lagi perubahan adalah jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Pusat Penyelidikan PAS (PPP) juga telah ditukarkan kembali kepada Pengarah PPP seperti di awal penubuhannya dahulu.

Berikut adalah senarai penuh Pengerusi dan Pengarah Lajnah-lajnah dan Jabatan dalam kalangan AJK PAS Pusat:

1. Politik dan Pilihan raya
Pengerusi: YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (P)
Timbalan: YBhg. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (TP)
Setiausaha:
YB Datuk Takiyuddin Hassan (SUA)
YBhg. Datuk Mustafa Ali (KP Pilihan raya)


2 Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi: YB Ust Idris Ahmad
Timbalan: YB Ustaz Sallehen Mukhyi


3 Dakwah
Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Timbalan 2: Ust Mokhtar Senik


4 Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : YB Datuk Nasurudin Daud


5 Ekonomi & Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : YB Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri
Timbalan : Ustaz Zaharuddin Mohammad


6 Pendidikan
Pengerusi: YB Datuk Mohd Amar Abdullah
Timbalan: Zainal Abidin Kidam


7 Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
Pengerusi: Razman Zakaria
Timbalan 1: Dr Ali Akbar
Timbalan 2: Mohamad Hussain


8 Pekerja dan Pengguna
Pengerusi: Mohd Taufek Abdul Ghani
Timbalan: YB Ustaz Abdullah Hussin


9 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(bersifat sistem sokongan parti di peringkat Pusat dan lebih sesuai di bawah pentadbiran SUA)
Pengerusi: Datuk Setiausaha Agung PAS (Datuk Takiyuddin Hassan)
Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal)


10 Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: Dr Rosni Adam
Timbalan 1: Dr Riduan Mohd Nor
Timbalan 2: Datuk Nasuruddin Daud


11 Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi: YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


12 Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi: Datuk Wan Abdul Muttalib Embong
Timbalan: YB Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan


13 Asas Tani dan Alam Sekitar
(Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar digabungkan menjadi satu lajnah)
Pengerusi: Sanusi Mohamad Nor
Timbalan: Mohamad Hussain


14 Perpaduan Nasional
Pengerusi: Dr Najihatul Salihah Ahmad


15 Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi: Dr Riduan Mohd Nor
Timbalan: Ustaz Norazli Musa


16 Hubungan NGO
Pengerusi: Zainal Abidin Kidam


17 Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: Datuk Mahfuz Omar


18 Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi: Salahuddin Ayub


19 Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan: Dr Rosni Adam


20 Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi: YB Datuk Iskandar Abdul Samad
Timbalan 1: Mohamad Noor Mohamad
Timbalan 2: YB Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali at-Takiri


21 Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengerusi: Datuk Seri Presiden PAS
Pengarah: Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan: Zaharudin Mohammad


22 Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi: Datuk Iskandar Abdul Samad
Timbalan: Hussin Ismail


23 Jabatan Pilihan raya PAS
Pengerusi: Ketua Pengarah Pilihan raya (Datuk Mustafa Ali)


24 Harakah
Pengerusi: YB Ustaz Idris Ahmad
Pengarah Urusan: Dr Rosli Yaakop (kekal)
Penasihat Editorial: Ketua Penerangan (YB Nasrudin Hassan Tantawi)


25 Pejabat Presiden PAS
Setiausaha Politik: Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kekal)
Setiausaha Sulit: Zaihan Mohd Daud (kekal)
Setiausaha Akhbar:
Pegawai Khas: Kamaruzaman Mohamad (kekal)
Pegawai Penyelidik: Abdul Malik Abdul Razak


Nota:-
1 Jawatankuasa Kewangan
[Fasal 76 (2)(a)]
Pengerusi: Presiden
Ahli: Setiausaha Agung & Bendahari PAS Pusat


2 Lembaga Pemegang Amanah
[Fasal 78(2)]
Tidak lebih 5 orang
Pengerusi: Presiden
Ahli: Setiausaha Agung, Bendahari


DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Isnin, 22 Jun 2015

CATATAN DHUHA SEMINGGU BERSAMA YB. USTAZ IDRIS AHMAD, NAIB PRESIDEN

CATATAN DHUHA DALAM SEMINGGU BERSAMA YB. USTAZ IDRIS AHMAD. 

 
Catatan Dhuha
Jika ada tuduhan kita lemah tarbiah, kita buktikan kita mampu untuk mentarbiah diri dan ahli keluarga kita. Jika orang buat tuduhan kita tidak mesra dengan orang maka kita buktikan kita mampu bermujamalah dengan orang ramai. Jika orang tuduh kita tidak ada akhlak maka kita buktikan kita mampu mengubah akhlak buruk kita. Ertinya lebih baik kita menjawab dengan amalan daripada kata-kata.
Ust Idris Hj Ahmad
28 Sha'ban 1436. 15 Jun 2015 Isnin.

Catatan Dhuha
Tuduhan, telahan, persepsi kepada setiap individu yang menjadi pemimpin adalah lumrah perjuangan. Apa sahaja tanggapan terhadap kita, jika kita benar dan tidak bersalah maka tidak perlu takut dan resah. InsyaAllah, Allah memberi ketenangan dan kedamaian dalam hati kita. Sebaliknya mereka yang menuduh sentiasa pedih jiwa mereka.
Ust Idris Hj Ahmad
29 Sha'ban 1436. 16 Jun 2015 Selasa.

Catatan Dhuha
Marhaban Ya Ramadhan Karim. Semoga Allah memberikan kepada kita semua kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan Ramadhan dengan sempurna pada tahun ini. Tanpa kekuatan dan kesihatan kita tidak dapat menunaikan ibadah puasa. Hargailah nikmat sihat untuk dimanfaatkan sepanjang melaksanakan ibadah Ramadhan.
Ust Idris Hj Ahmad
30 Sha'ban 1436. 17 Jun 2015 Rabu.

Catatan Dhuha
Kita perlu membawa bekalan taqwa untuk bertemu dengan Allah SWT ketika kita meninggal dunia. Taqwa merupakan bekalan yang amat penting untuk pejuang agama Allah SWT. Taqwa adalah pra syarat untuk Allah memberi bantuan kepada hamba-hambanya yang bertarung di medan dakwah yang penuh dengan ranjau dan duri.
Ust Idris Hj Ahmad
1 Ramadhan 1436. 18 Jun 2015 Khamis.

Catatan Dhuha
Puasa melatih hambanya membersihkan niat hanya kepada Allah SWT dalam beramal. Ibadah lain, manusia tidak boleh menipu orang lain jika seorang tidak melakukannya. Contohnya seorang tidak sembahyang , rakan, isteri, dan orang yang rapat degannya akan ketahui bahawa beliau seorang yang tidak menunaikan solat. Tetapi ia berlainan dengan ibadah puasa ia memang benar-benar ikhlas kepada Allah SWT.
Ust Idris Hj Ahmad
2 Ramadhan 1436. 19 Jun 2015 Jumaat.

Catatan Dhuha
Kita perlu memelihara hati dengan sungguh-sungguh supaya Allah merahmati hidup kita dan mendapat kesejahteraan ketika menemui Allah SWT di hari akhirat kelak. Mintalah pertolongan kepada Allah supaya Allah meneguhkan hati kita. Sebagaimana doa yang terdapat di dalam al-Quran , bermaksud “Ya Allah jangan lah engkau sesatkan hati kami sesudah engkau tunjukkan kami (jalan yang lurus). Dan berilah kami rahmat dari sisiMu engkau amat suka memberi” (Al-Imran :8).
Ust Idris Hj Ahmad
3 Ramadhan 1436. 20 Jun 2015 Sabtu.

Catatan Dhuha
Kehidupan di dunia penuh dugaan dan ujian. Ada yang diuji dengan senang, dengan susah, diuji dengan menang, diuji dengan kalah, diuji dengan jawatan, diuji dengan pangkat, diuji dengan fitnah, diuji dengan pujian. Beruntunglah orang yang dapat merentasi ujian ini.
Ust Idris Hj Ahmad
4 Ramadhan 1436. 21 Jun 2015 Ahad.

PAS PERAK : KABINET PAS PERAK GABUNG TENAGA BERPENGALAMAN DAN MUKA BAHARU.

PAS Perak Gabung Tenaga Berpengalaman, Muka Baharu 

IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak telah membentuk ahli jawatankuasanya untuk sesi 2015-2017 dalam mesyuarat pertama kelmarin.
Rata-rata pimpinan kali ini adalah muka baru dan berkolaborasi dengan kepimpinan berpengalaman.


Noh Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak bersama-sama Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Sementara itu, Adun Gunong Semanggol, Ustaz Zawawi Abu Hassan telah diberikan amanah sebagai Setiausaha manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Gerik, Ustaz Mohd Dahlan Ismail dilantik sebagai Bendahari.

Mantan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pula diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan manakala Ustaz Mustaffa Wahab sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya.

Penolong Setiausaha masing-masing diamanahkan kepada Ismad Shahril Che Mat, Mohd Aidil Abdul Aziz dan Burhanuddin Mat.

Seramai tujuh orang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa iaitu Mohd Rizal Ayob, Dr Zuhdi Marzuki, Dr Wan Mohd Moyiddin, Zamri Ibrahim, Ustaz Wan Muhammad Tarmizi Abdul Aziz, Ustaz Fairuz Hafiz Othman dan Husna Saidon.

Mesyuarat bersama pimpinan di setiap kawasan yang dipengerusikan oleh Pesuruhjayanya, Razman Zakaria itu telah bersetuju untuk melantik Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad sebagai Penasihat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Razman mengharapkan kepimpinan yang dipilih dapat memberikan fokus untuk kesinambungan sessi lalu.

Menurutnya, pimpinan perlu fokus untuk merealisasikan pencapaian kerja yang ditetapkan dalam memacu parti di peringkat negeri itu.

"Diharapkan kepimpinan yang ditaklifkan dapat berusaha untuk merapatkan ukhwah antara satu sama lain, sama ada di peringkat negeri mahupun akar umbi.

"Kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan membawa wadah parti," katanya ketika dihubungi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menjelaskan, usaha penyatuan dalaman mengikut acuan Ucapan Dasar Presiden PAS di muktamar baru-baru ini perlulah dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau menyeru agar seluruh pimpinan dan ahli agar dapat terus beristiqamah hingga kemenangan dalam membawa mesej Islam ke dalam masyarakat.

"Antara lain, perkara yang ingin ditekankan oleh PAS Perak adalah melakukan 'enggagement' dengan pelbagai pihak termasuklah NGO dan parti politik berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah.

"Saya yakin kepimpinan yang dilantik ini adalah yang terbaik dalam menggalas amanah perjuangan ini," jelas Razman.

Jumaat, 19 Jun 2015

KHUTBAH JUMAAT MINGGU INI : KEBURUKAN MEROKOK.

KHUTBAH JUMAAT - 2 RAMADHAN 1436 / 19 JUN 2015



KEBURUKAN MEROKOK

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي زَيَّنَ الْأَرْضَ وَجَعَلَهَا لِمَخْلُوْقَاتِهِ،
وَفَضَّلَ النَّاسَ عَلَى كَثِيرٍ  مِنْ مَخْلُوْقَاتِهِ، أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dari atas mimbar di rumah Allah yang mulia ini, saya berseru kepada diri saya sendiri dan para jamaah sekalian agar bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya insan yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling tinggi ketakwaan kepada Tuhannya iaitu dengan beribadat kepada-Nya, melakukan segala yang disuruh dan menjauhi segala yang ditegah.

Kita dituntut agar menjauhi segala yang ditegah kerana hikmah tegahan dan larangan Allah SWT itu kembali kepada kebaikan dan manfaat untuk hamba-Nya jua. Justeru khutbah Jumaat pada minggu ini akan membicarakan tajuk, "Keburukan Merokok" bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh berkah ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat yang kewujudannya boleh ditafsirkan dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko kebergantungan, serta risiko kesihatan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat samada di kampung atau bandar.

Dari aspek sosio budaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya dalam kalangan orang lelaki. Samada mahu atau tidak, suka atau tidak, persoalan ini perlu kita bincangkan dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka. Khatib mengharapkan agar di penghujung khutbah ini nanti lahir secebis ilmu, berputik setangkai keinsafan untuk membuktikan cinta kepada Allah SWT melebihi cinta kita kepada segala apa yang ada di dunia ini termasuk cinta kepada rokok.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di Malaysia, 4.6 juta penduduk Malaysia adalah perokok. Perangkaan menunjukkan kes penyakit paru-paru di Malaysia bertambah 17 % setahun dan setiap tahun 10,000 orang rakyat Malaysia mati akibat penyakit yang berpunca daripada merokok. Dalamkajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 14.7 % remaja merokok dan kadar perokok di luar bandar adalah 18.4 % berbanding 12.3 % di bandar.

Tembakau dari satu batang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia dan kebanyakannya adalah beracun. Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoksida menjadikan jantung bergerak lebih cepat dan mengambil alih Oksigen dalam darah. Tar di dalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah. Merokok boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat yang membawa kepada serangan jantung. Perokok mempunyai 70 % risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Banyak kajian yang dilakukan membuktikan tabiat merokok akan menyumbang kepada penagihan dadah. Kajian di Malaysia menunjukkan 99 % penagih dadah yang ditahan di pusat-pusat Serenti mengamalkan tabiat merokok pada usia yang muda dan 95 % penagih dadah yang telah dibebaskan masih mengamalkan tabiat merokok.

Justeru adalah diharapkan agar golongan remaja dan pelajar khasnya tidak mudah terpedaya dengan tabiat dan sogokan rokok yang akhirnya akan menjerumuskan mereka ke kancah najis dadah. Jika begitulah kenyataannya, membanyakkan kita merujuk kepada amaran Allah SWT yang dinyatakan di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 195:

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ﴿١٩٥﴾

"Dan belanja (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu) kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

Rasulullah SAW juga berpesan kepada umatnya agar menghindari kerosakan dan kemudaratan. Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang berbunyi:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

"Tiada kemudaratan (dibenarkan dalam Islam) dan tidak juga perlakuan yang memudaratkan."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama fitrah yang begitu serius memandang kepada kesejahteraan dan keselamatan umatnya. Berdasarkan kepada Ayat Al-Quran dan Hadis yang dikemukakan, jelas menyatakan bahawa Islam menegah kita menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan dan kehancuran. Malahan tiada kemudaratan dan perlakuan ke arah itu diizinkan dalam Islam. 

Ingatlah bahawa jasad yang ada pada kita adalah pinjaman belaka, selaku peminjam, kita sewajarnya memelihara kurniaan ini dengan penuh waspada. Menjadi amat tidak wajar dan biadab sekali seseorang diberi sesuatu pinjaman, merosak dan memusnahkan apa yang dipinjamkan kepadanya. Begitulah hakikatnya seorang perokok yang sedar bahawa setiap sedutan membawa padah kepada tubuhnya di hadapan Tuhan yang mengurniakan tubuh badannya untu dia hidup sebagai manusia.

Sesungguhnya rokok hanya mengandung kemudaratan dan keburukan kepada manusia. Bukan hanya kepada perokok bahkan bahananya jua terbias mengenai orang ramai yang berada di sekitar mereka yang terhidu hembusan asap rokok dari mulut perokok tersebut.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jumhur ulamak sependapat di atas pengharaman rokok. Keburukan rokok yang menguatkan pengharaman ini adalah:

Pertama: Rokok boleh membawa maut. Sedangkan membunuh diri itu amat ditegah dalam Islam. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa Ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ﴿٢٩﴾

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani kamu."

Kedua: Merokok adalah satu pembaziran dan pemborosan. Tiada sebarang manfaat dapat diperolehi daripada rokok melainkan sedikit keseronokan yang membinasakan. Allah dengan tegas melarang pembaziran melalui Firman-Nya di dalam Surah Al-Israk Ayat 27:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ﴿٢٧﴾

"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Ketiga: Kajian para pakar perubatan mendapati bahawa Nikotin yang terdapat dalam tembakau menyebabkan ketagihan. Ia bertindak menambah tekanan darah dan kadar denyutan jantung daripada kadar normal. Risiko kematian akibat penyakit jantung bagi perokok adalah tiga kali ganda lebih besar daripada orang yang tidak merokok. 

Antara kesan lain tabiat merokok adalah penyakit lelah, barah paru-paru, gangguan pada benih lelaki, kerosakan saluran darah, lemah ingatan, mengganggu pertumbuhan janin dalam kandungan, menggugat sistem pernafasan bayi dan anak kecil serta penyebab kepada pelbagai jenis penyakit barah.

Di samping itu, Muzakarah Majlis JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan bagi hal-ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan hukum merokok dari pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa rokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ




Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di atas kefahaman dan kesedaran ini, marilah kita membina azam dan langkah mula meninggalkan rokok. Insaflah segala kesilapan dan kembalilah mencari keredhaan-Nya. Berusahalah mencari jalan keluar daripada masalah ketagihan merokok ini dengan bersungguh-sungguh. Temui rakan-rakan yang telah berjaya meninggalkan rokok dan minta panduan daripada mereka. Minta nasihat dan bantuan daripada pakar-pakar perubatan serta anggota kesihatan di klinik kesihatan yang berhampiran dengan kita, agar kita mampu memisahkan rokok daripada kehidupan kita.

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambilsatu keputusan yang bijak dengan meninggalkan tabiat merokok sebagai permulaan yang baru dan hijrah hidup kita lebih sejahtera dan sempurna, terhindar dari dosa merokok.

Kajian mendapati 95 % perokok yang beragama Islam menyatakan lebih mudah berhenti merokok dalam bulan Ramadhan. Kita berpuasa 14 jam sehari dan selama itulah kita mampu mengawal diri dari merokok. Apa salahnya selepas berbuka diteruskan tanpa merokok. Jika amalan ini diamalakna untuk hari-hari seterusnya nescaya tabiat merokok dapat dihakis sepanjang hayat kita. Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai permulaan hidup kita bebas dari tabiat merokok. 

Bagi mereka yang insaf dan ingin berhenti merokok, kunjuungilah klinik berhenti merokok yang terdapat di klinik kesihatan berhampiran. Di klinik ini klinik kita akan diberi khidmat nasihat dan terapi yang bersesuaian untuk membantu menghentikan tabiat merokok. Insya Allah usaha yang murni kita akan diberkati Allah SWT hendaknya, insya Allah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اللهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ فِي بِلاَدِنَا هَذَا وَفِي الْعِرَاقِ وَفِي فَلَسْطِيْنِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانْ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufik dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Mu'izzuddin Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurulah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat DiRaja sekalian.

 رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Khamis, 18 Jun 2015

DPPK BD : MASA UNTUK FOKUS DAN GERAK KERJA JEMAAH MEMASTIKAN ISLAM DIJULANG



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH SERU SELURUH AHLI FOKUS DAN LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI PARTI

Menyatakan sokongan padu terhadap saf kepimpinan PAS yang baharu, berdiri teguh bersama Presiden PAS dan memperingatkan seluruh ahli tidak mudah kecewa, merajuk dalam perjuangan.


BAGAN DATOH, Selekoh : Situasi krisis yang berlaku dalaman  PAS ketika ini sedikit sebanyak tidak mengubah pendirian pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, sekali gus terus berdiri teguh bersama kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan barisan Jawatankuasa PAS yang baharu dipilih seusai muktamar PAS baru – baru ini.

Pihaknya amat mengharapkan kepada seluruh ahli PAS untuk terus memberi sokongan penuh dan padu terhadap kepimpinan parti yang telahpun dipilih melalui muktamar yang sah. Demikian itu, tidak seharusnya timbul isu dan masalah untuk terus bersama- sama memastikan parti bergerak dalam keadaan yang baik dan lancar.

Menurut ketuanya, Amir Hamzah Ibrahim menyatakan bahawa semua pihak khususnya ahli parti tidak sepatutnya menjadikan isu berikutan keputusan pemilihan jawatankuasa PAS kali ini. Bahkan seluruh ahli diminta menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“ Sepatutnya seluruh ahli PAS menerima keputusan ini. Kerana ianya adalah pilihan perwakilan di muktamar.” Menurutnya ketika bercakap selepas mesyuarat bulanan dewan itu.

Beliau turut menyatakan, bahawa ketika ini adalah masa untuk memberikan tumpuan serta fokus dalam gerak kerja parti. Sebaliknya, bukanlah masa untuk berkelahi dan membuang masa yang hanya mendatangkan keburukkan parti dan orang ramai.
Selain itu, Amir Hamzah juga mengharapkan kepada seluruh ahli PAS agar tidak mudah kecewa dan merajuk. Beliau mengingatkan bahawa PAS sebagai sebuah jemaah dan gerakan Islam yang cukup dikenali, tidak seharusnya ada ahli di dalamnya yang berhati kecil.

“ Sebagai sebuah gerakan dan jemaah Islam, ahli seharusnya mempunyai sifat yang berani dan terbuka dengan keputusan pimpinan. Jangan mudah merajuk dan kecewa. Kita sudah ditarbiyah untuk menjadi pejuang yang cekal.” Ujarlah lagi.

Jelasnya lagi, ahli PAS yang telah dididik dan ditarbiyah untuk menjadi pejuang agama tidak akan mempunyai sifat – sifat demikian.

PERUTUSAN RAMADHAN 1436 OLEH PRESIDEN : SAMBUTLAH RAMADHAN DENGAN SEPENUH KETAQWAAN

PERUTUSAN RAMADHAN AL-MUBARAK
SAMBUTLAH RAMADHAN DENGAN SEPENUH KETAQWAAN
30 Syaaban 1436 / 17 Jun 2015

 
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Seluruh ummat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadat puasa sebulan di Ramadhan bermula esok. Maka dengan ini, saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berpesan kepada diri saya , ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil kesempatan yang ada untuk kita mengejar redha Allah SWT dengan Islam yang sempurna ini.

Kita berharap kepada Allah SWT, semoga Ramadhan yang akan kita tempuhi bersama tahun ini menghasilkan natijah yang baik untuk kita semua. Bulan yang berkat dan mulia ini, yang diturunkannya Al-Quran dan adanya malam yang yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitulah Lailatul Qadar mampu mengembalikan keimanan dan ketaqwaan kita kepada kemuncak yang diredhai Allah SWT.

Dalam suasana kita mengharungi Ramadhan ini, jangan kita lupa nasib agama kita, saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik di seluruh dunia seperti nasib Dr Muhammad Morsi yang dihukum oleh regim zalim As-Sisi, nasib saudara kita di Palestin yang ditindas oleh zionis israel, nasib saudara kita yang dibiarkan tanpa tanah air di bumi Arakan, Myanmar dan lain-lain lagi.

Semoga lembaran Ramadhan kali ini juga, berjaya mengembalikan semangat kita membuat perubahan kepada diri kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita ke arah yang diredhai Allah SWT. Kita perlu berusaha dan terus berjuang supaya Islam tertegak dengan hak-hak yang ditetapkan oleh Allah dan mengambil semangat ramadhan yang ada, yang pernah mendatangkan kejayaan gemilang kepada saudara-saudara seaqidah kita yang terdahulu.

Justeru, marilah kita bersama-sama menempuh ramadhan tahun ini dengan harapan kita berjaya menjadi manusia-manusia bertaqwa seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran apabila menyebut tentang pensyariatan puasa di bulan Ramadhan.

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

PERUTUSAN RAMADHAN 1436 H KP DPPN PERAK : RAMADHAN BULAN TARBIYYAH.


Perutusan Ketua Pemuda PAS Perak sempena Ramadhan Al-Mubarak 1436.

Bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana mentakdirkan kita bersua dengan Ramadhan pada tahun ini . Sesungguhnya nikmat pentabiyyahan Ramadhan mampu menatijahkan impak yang terbaik dalam jiwa pemuda Islam .

Pemuda Islam sekalian ,
Sirah lampau membuktikan kepada kita , semangat pejuang Islam tidak pernah luntur untuk mempertahankan Islam biarpun dalam lapar dan dahaga. Kehebatan pahlawan Islam dalam Perang Badar Al-Kubra menjadi saksi kualiti tarbiyyah Ramadhan terbaik.


Sesungguhnya Ramadhan mampu melahirkan pemuda Islam dengan beberapa pengisian didalamnya . 

Antara pengisiannya adalah seperti berikut :

1. Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.

2. Sentiasa berusaha dengan komited demi meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah SWT dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini.

3. Menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] dalam Madrasah Ramadhan ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa.

Pemuda Perak harapan ummah ,

Indikator tarbiyyah Ramadhan telah dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas melalui firmannya dalam Surah Al-Baqarah :

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون)
183. Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
Nilai taqwa yang dinyatakan Allah SWT ini memberikan gambaran kualiti sebenar . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .

Carilah sebanyak mana peluang dan kelebihan dikurniakan Allah SWT sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah. 

Bukan hanya menahan lapar dan dahaga sahaja bahkan lebih daripada itu mendidik pancaindera dan hati kita akan sentiasa subur cinta dan kasih kepada Allah SWT serta utusan mulia Rasululah SAW.

Anak muda Perak yang dikasihi ,

Perjuangan Islam begitu memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak .

Perjuangan Islam mendambakan pemuda-pemuda yang dapat bersatu hati, bersatu pemikran dan bersatu dalam tindakan.

Semoga Ramadhan kali ini juga dapat memantapkan lagi jalinan ukhuwwah dari kalangan kita semua. Hindarilah perpecahan, sayangilah persaudaraan yang telah dibina sejak sekian lama.

Saya mewakili kepimpinan Dewan Pemuda PAS Perak mengucapkan “ Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H dengan penuh kehambaan kepada Allah SWT” Semoga pertarbiyyah Ramadhan kali ini , dapat memperolehi kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan sehingga kemenangan . 

Jangan biarkan ia berlalu tanpa dimanfaatkan oleh anak muda sebaliknya ia menjadi aspirasi untuk kita lebih sedia untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah diri untuk kemenangan Islam .

"ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

Akmal Haji Kamarudin
Ketua Pemuda PAS Perak
30 Sha'ban 1436
17 Jun 2015

jambori amal kuala kangsar 2008