TATKALA NIK ABDUH PERKENALKAN DIRI
KUALA SELANGOR : Suasana mega dewan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 bertukar hening dan tenang tatkala Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil memperkenalkan diri kepada perwakilan.
Dalam tutur santun lagi merendahkan diri, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengaku ada gegaran di hatinya yang terasa sampai ke kaki.
Kerana katanya, itulah ucapan pertama dari atas pentas muktamar yang telah dihadiri beliau sejak puluhan tahun.
“Tuan-tuan semua melihat saya sebagai anak kepada Almarhum Mursyidul Am. Saya juga dari atas melihat tuan puan di bawah sebagai anak-anak kepada Mursyidul Am. Maka marilah sama-sama mengaminkan doa untuk ayahanda, agar ayahanda gembira di sana dengan para solihin dan para anbiya’,” serunya mengenang Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, pada pemilihan dua tahun lalu beliau telah ‘lari’ dari jawatan itu dengan pelbagai helah dan Allah telah menerima helahnya yang perlu menjaga kesihatan ayahanda.
Kawan-kawan walaupun kecewa ujarnya, namun menerima baik hujah beliau hinggalah pada tahun ini takdir mengheretnya supaya tidak lari lagi dari jawatan tersebut.
“Saya rapat ke dinding dan akhir sekali saya berterima kasih kepada semua anak muda Pemuda PAS yang memilih saya pada penggal ini. Saya tidak tahu mengapa saya dipilih sebagai KP kerana sepatutnya antara kelebihan dia adalah bersuara lantang.
“Sepertimana bekas KP terakhir sahabat-sahabat saya yang dalam jubahnya ada lutut dan siku. Semua mereka ini pandai berpidato,” getusnya.
Mengenang Almarhum ayahandanya, Nik Abduh menyatakan bahawa dirinya seorang pemalu di mana beliau tidak boleh bercakap di khalayak kecuali mukanya akan jadi merah.
Katanya, semasa belajar di India, antara doa tangis beliau kepada Allah adalah memohon agar diberi kekuatan supaya boleh bercakap di hadapan ramai.
“Apabila saya balik belajar daripada India, saya dijemput untuk memberi kuliah Maghrib. Ilmu saya cukuplah di India dengan umur 25 tahun, saya hafal Quran, saya habiskan Sunnan Sittah. Tetapi saya berkuliah Maghrib setengah jam, berpeluh susahnya untuk bercakap depan orang ramai. Alhamdulillah Allah beri kekuatan sedikit demi sedikit.
“Kami anak-anak bertanya kepada ayah macam mana nak cakap dengan orang ramai, macam ayah. Dia cakap senang sahaja, anggap orang dihadapan ni macam tunggul kayu, ini memang ubat yang mujarab. Jadi kalau tuan-tuan gugup nak cakap, anggaplah kami tunggul kayu insya-Allah menjadi.
“Tetapi tuan-tuan semua, Allah Taala mengurniakan walaupun bukan kepetahan bercakap dan ayah saya puji saya. Tiada pujian yang saya suka selain pujian seorang ayah yang tak pernah memuji anaknya, seorang tok guru yang tak pernah memuji, bila dia memuji rasa nak melompat.
“Dia puji tulisan saya, Allah Taala bagi kelebihan saya tak boleh bercakap macam ayah, tapi saya yakin Allah kurniakan saya aqal seperti ayah untuk memimpin Dewan Pemuda insya-Allah. Saya akan memimpin dengan aqal saya bukan mulut saya dan saya akan terjemahkan kepimpinan saya melalui tulisan saya.
“Saya ada sedikit sifat malu. Bukan ‘shy-shy cat’ tapi ‘shy-shy tiger’ insya-Allah. Saya ada cakaran tapi bukan cakaran tak berdarah muslimat, cakaran saya insya-Allah berdarah,” ujar Ustaz Nik memperihalkan mengenai dirinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan