pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 19 Julai 2012

SEJARAH BAGAN DATOH : EPISOD 1


PENGASAS BAGAN DATOH :

Tok Kelah Peneroka Awal
 


Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan.


Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan “bagan” oleh masyarakat tempatan.


Manakala nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan.  Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan “Bagan Datok” sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.


Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari Bagan Datoh diberikan nama “Bagan Datoh Estate” sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan “Datok” mengakibatkan sebutannya bertukar kepada “Datoh”. Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008