pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 3 Julai 2012

KEMBARA RUNGKUP '12 : PEMUDA PERLU DEKATI PERJUANGAN PAS SEBENAR !


Ustaz Zawawi menyampaikan sumbagan kepada penerima.

KEMBARA PEMUDA : PAS AJAK ANAK MUDA TUNTUT KEREDHAAN ALLAH S.W.T. : KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERAK

Ustaz Zawawi ingatkan anak muda perlu dekati dan fahami konsep perjuangan PAS sebenar ketika sibuk berprogram.

SG. PERGAM, 30 JUN : Program konvoi kembara anak muda PAS Bagan Datoh yang berakhir pada jam 5 petang di Parit 1, Sg. Pergam telah memberi peluang Ketua Pemuda PAS Perak untuk beramah mesra bersama pemuda yang menyertainya.

Ketua Pemuda PAS Perak memberi ucapan dan kata - kata semangat kepada peserta konvoi.

Menurutnya, program sebegini memang merupakan salah satu riadhah atau aktiviti sihat yang amat disukai golongan anak muda masa kini. Sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia khususnya orang muda untuk berhibur. Sesungguhnya Islam memang tidak pernah menghalang umatnya bersuka dan berhibur tetapi pastinya perlulah mengikut panduan syariat Islamiah.

Beliau menegaskan bahawa anak muda perlu sedar dan bangkit untuk menentang kezaliman yang dilakukan pihak pemerintahan ( Umno/ BN ) hari ini. Melihat perubahan politik anak muda seluruh dunia, makanya Malaysia tidak seharusnya tertinggal melakukan perubahan.

Ujar Ustaz Zawawi lagi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, program konvoi sebagaimana hari ini ( kelmarin ) juga satu tarikan kepada anak muda mendekati PAS dan seterusnya menyokong serta mendokong perjuangan PAS.

Sdr. Sham ( Ketua AMK Bagan Datoh ) menerima sijil penghargaan dari ustaz Zawawi.

Diakhir program tersebut, beliau sendiri telah menyampaikan sijil penyertaan dan penghargaan kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008