Parlimen atau Dun: Tunggu dulu, kata Nik Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berteka teki ketika ditanya ura-ura mengatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, spekulasi itu akan terjawab setelah pembubaran Parlimen.
"Parlimen atau di mana-mana... nanti tengoklah esok (kemudian hari), (lagi pun Parlimen) tidak bubar lagi," katanya selepas merasmikan Hari Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ke-34 di Padang Perdana di sini, hari ini.
Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai spekulasi berhubung kemungkinan Nik Aziz akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada PRU-13 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan