KAMI MAHU DATO’ SERI
ULAS ISU HUDUD DI JOHOR : PEMUDA PAS BAGAN DATOH
Isu hudud timbul di
Johor setelah ADUN Kemelah ( Dato’ Ayub Rahmat ) mencadangkan agar hukuman
hudud dilaksanakan di negeri tersebut.Namun ianya di tentang hebat oleh
Presiden MCA.
BAGAN DATOH : Dewan
Pemuda PAS Bagan Datoh menggesa agar Ahli Parlimen Bagan Datoh, Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan ke atas Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek
kerana menghina hukuman Islam. Sebagai umat Islam dan mendakwa memperjuangkan
Islam semestinya beliau sensitive berkaitan isu tersebut.
Sebagai Naib
Presiden Umno, adalah diangap sebagai seorang yang “ bacul ” apabila terus
mendiamkan diri apabila Islam yang diperliharanya dicaci dan dihina oleh rakan
kompenan Barisan Nasional ( BN ).
Pemuda PAS kesal
apabila kenyataan Presiden MCA itu jelas menghina Islam apabila beliau
menentang serta tidak bersetuju apabila Dato’ Ayub Rahmat mencadangkan agar
Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukuman hudud di negara ini.
Dato’ Seri Dr. Chua
Soi Lek menyatakan ketidakpersetujuan cadangan tersebut dengan mengatakan
bahawa ADUN Kemelah ( Dato’ Ayub ) sebagai sudah tentu kehabisan idea dan
hilang akal sebagai mencadangkan hudud di Johor.
Demikian itu, Pemuda
PAS Bagan Datoh memohon agar Dato’ Seri Ahmad Zahid sebagai Naib Presiden Umno
dan Ahli Parlimen kawasan tersebut untuk menyatakan bantahan kepada rakan
seperjuangan parti barisannya ( BN ), Dr. Soi Lek apabila beliau tidak
menghormati Islam dengan menghina hukuman hudud yang bakal dilaksanakan di
negara ini.
“ Kami sebenarnya
menyokong penuh apabila ADUN Kemelah ( Dato’ Ayub ) mencadangkan hudud
dilakasanakan di Johor. Ianya ( hudud ) adalah hak Allah SWT yang perlu
dilakukan oleh hambanya.” Jelas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bagan
Datoh,Ustaz Mohd Suhaimy Samsuri.
Namun menurutnya
lagi, beliau yakin Dato’ Seri Zahid akan terus mendiamkan diri berkaitan isu
tersebut apabila beliau sendiri pernah menyatakan bantahan untuk hudud
dilaksanakan di Malaysia dalam sebuah akhbar harian satu ketika dahulu.
Dakwanya kerana
kesesuaian melaksanakan hukuman tersebut pada masakini di negara ini apabila
rakyat wujud dalam masyarakat majmuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan