pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 31 Mei 2015

PASTI : PERANCANGAN TUBUH PASTI DISAMBUT BAIK PIHAK PAS CAWANGAN

PAS CAWANGAN TANJUNG BAYAN DAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH RANCANG TUBUHKAN PASTI DI HUTAN MELINTANG

Walaupun Masih Dalam Tempoh Perancangan, Semangat dan Kekuatan Cukup Menggambarkan Kesungguhan PAS Cawangan

HUTAN MELINTANG : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan dengan kerjasama baik daripada PAS Cawangan Tanjung Bayan telahpun membuat satu pertemuan mesyuarat dalam usaha menubuhkan PASTI di cawangan tersebut.

Melalui pertemuan tersebut, keputusan positif telah diberikan oleh pihak PAS Cawangan Tanjung Bayan untuk bersetuju menubuh dan menguruskan PASTI di di DUN Hutan Melintang itu.

DPPK melalui Jabatan PASTI mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak PAS cawangan atas keputusan tersebut.



 

Khamis, 28 Mei 2015

DPPK BD : HARAP PARA PERWAKILAN & PIMPINAN MENJAGA AHKLAK KETIKA BERMUKTAMAR

MUKTAMAR ADALAH MEDAN MUHASABAH DAN MERANCANG MASA DEPAN PARTI

Perwakilan Diminta Pergunakan Medan Muktamar Sebagai Bermuhasabah Diri, Pimpinan dan Ahli Jemaah, Juga Tempat Untuk Menyusun Strategi Perjuangan.

BAGAN DATOH : Muktamar Tahunan seharusnya dijadikan sebagai tempat dan medium para perwakilan dan pimpinan bermuhasabah. Bukannya sebagai medan mencari salah dan menuding jari kepada pihak lain. Dalam masa yang sama juga gunakan ruang muktamar sebagai berbincang dan merancang strategi dalam usaha meneruskan perjuangan parti.
PAS Pusat akan bermuktamar pada 4 sehingga 6 Mei 2015 bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Manakala Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat akan bermuktamar pada 3 Mei 2015 bertempat masing-masing di KUIZM, Taman Melewar dan SACC Shah Alam.

Sementara itu pula, Dewan Pemuda PAS Malaysia pula akan bermuktamar di Dewan Jubli Perak, SUK Shah Alam pada 2 dan 3 Mei 2015.

Sehubungan menjelang muktamar ini, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ingin menyatakan pengharapan kepada seluruh perwakilan juga pemerhati agar menjaga akhlak dan mematuhi segala peraturan sepanjang muktamar berlangsung.

Sebaliknya, ambillah peluang dan ruang bermuktamar tersebut sebagi medan meluahkan pandangan, idea bernas, teguran yang membina, merapatkan ukhwah dan menyatu padukan fikrah dan kekuatan demi kemenangan Islam di bumi Malaysia ini. 

 

Rabu, 27 Mei 2015

MUKTAMAR TAHUNAN PAS : MOHON JANGAN PROVOKASI TERLAMPAU DALAM BERKEMPEN !



HENTIKAN KEMPEN DAN PROVOKASI MELAMPAU, HANYA MENGUNDANG FITNAH KEPADA PIMPINAN DAN JEMAAH

Melihat situasi yang semakin keterlaluan menjelang pemilihan sempena Muktamar PAS apabila serangan saraf dan sikap biadab sesetengah pihak hanya mengundang kerosakkan.


BAGAN DATOH : “ Kita mohon dan berharap semua pihak sama ada pimpinan atau ahli PAS agar tidak terlalu melampau sehinggakan berlaku fitnah-mefitnah dalam tempoh menjelang muktamar kali ini,” demikian harapan pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh.

Keadaan dan situasi ketika ini menyaksikan seolah-olah adanya “penyakit” yang melanda PAS iaitu kempen dan provokasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Ianya sengaja dilakukan untuk memburukkan dan mengeruhkan PAS itu sendiri. Secara tidak langsung memberikan gambaran tidak baik kepada rakyat khususnya ahli PAS seluruh Negara.

Kemajuan teknologi dan kecanggihan zaman menyebabkan lebih mudah berita-berita dan cerita disebarkan tanpa sekatan. Kadang-kadang atas sifat keghairahan dan nafsu manusia itu menjadi factor utama berlaku sedemikian rupa.

PAS yang akan bermuktamar pada 2- 7 Mei 2017 yang dimulai dewan-dewan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat seterusnya diikuti PAS Pusat sendiri. Kali ini semua muktamar berlangsung di Selangor dan antara lokasi terlibat ialah Kuala Selangor, Shah Alam dan Gombak.
Muktamar pada kali ini juga menyaksikan adanya pertandingan Jawatankuasa Kerja setiap dewan dan PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut meluahkan rasa terkilan dengan beberapa sikap dan perangai ahli juga pimpinan PAS di semua peringkat suka berkempen secara malampau. BAHKAN ada juga yang sanggup melakukan fitnah dengan mereka cipta cerita-cerita palsu yang hanyalah untuk memburukkan individu atau berkumpulan.

“ Lebih biadap dan melampau ialah ada yang sanggup memburukkan Tuan Guru Presiden sendiri. Bukan itu sahaja, ulamak juga difitnah dan dicaci dengan pelbagai tuduhan,” tambah Muhammad Zulfa Abdul Malek selaku Ahli Jawatankuasa DPP Kawasan  Bagan Datoh.

Sukacita DPP Kawasan Bagan Datoh menegas dan menyatakan pendiriannya bahawa akan terus menyokong kepimpinan Ulamak dalam memimpin PAS disemua peringkat.

MUKTAMAR TAHUNAN DPP MALAYSIA : " MEMPERSIAP GENERASI KEMENANGAN "

ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KALI KE 562 -3 JUN 2015 BERSAMAAN 15-16 SYA'ABAN 1436HAUDITORIUM, DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SUK SHAH ALAM, 

MASA   ATURCARA
PENDAFTARAN  
10:00 pg – 01.00 ptg : Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati
PERASMIAN MUKTAMAR (2/6/2015 - SELASA)  
02.00 - 02.30 ptg : Ketibaan Perwakilan, Tetamu dan Pemerhati 
02.30 - 02.50 ptg Ketibaan Perasmi
  : Perbarisan Jabatan Amal
  Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptg Ketibaan Perasmi
  Perbarisan Jabatan Amal
  Nyanyian Lagu Amal dan Semarak Perjuangan
02.50 - 03.00 ptg Perarakan Masuk Perasmi Muktamar ke dalam Dewan Auditorium
  Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS
03.00 - 03.15 ptg Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  Bacaan Ayat Suci Al-Qur’an
03.15 - 03.20 ptg Ucapan Aluan Pengarah Muktamar 
03.20 - 03.50 ptg Ucaptama Ketua Pemuda
03.50 - 04.35 ptg Ucapan Perasmian 
    Oleh : TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU, Timbalan Presiden PAS
04.35 - 05.00 ptg Tayangan Montaj/Multimedia
  Penyampaian Anugerah-anugerah
05.00 - 05.30 ptg Sesi Bergambar
  Jamuan 
  Sidang Media
     
MUKTAMAR PENUH (2/6/2015 - SELASA)  
08.15 – 08.30 mlm Aluan Pengerusi Tetap
08.30 – 08.40 mlm Membentang dan Mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke-55
08.40 – 10.00 mlm Membentang, Membahas dan Menerima Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 
10.00 - 11.45 mlm Taklimat oleh Wakil Jawatankuasa Pemilihan Parti
   Tangguh Agenda Muktamar
     
MUKTAMAR PENUH (3/6/2015 – RABU)  
08.30 – 08.45 pg Aluan Pengerusi Tetap 
09.00 – 12.00 tghr Perbahasan dan Penerimaan Ucaptama Ketua Pemuda
  Proses Pemilihan mengikut Negeri
12.00 tghr – 01.00 ptg Penggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan
01.00 – 02.30 ptg Rehat / Makan Tengahari / Solat Zuhur
02.30 - 03.30 ptg [Sambung] Penggulungan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja / Pengarah Jabatan*
03.30 – 05.30 ptg Perbahasan Usul-usul
05.30 – 05.40 ptg Memilih 20 orang Wakil ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-61
05.40 – 06.00 ptg Ucapan Penangguhan Perwakilan
06.00 – 06.30 ptg Ucapan Penangguhan Ketua Pemuda
*Tertakluk kepada sebarang perubahan
Nota : Pengumuman keputusan pemilihan akan dilakukan sebaik sahaja proses pengiraan selesai.

TG. PRESIDEN : " KITA MESTI BUKTIKAN BAHAWA DENGAN TAHALUF SIYASI, KITA TIDAK BERGANJAK DARI ISLAM.."

"Kita mesti buktikan bahawa dengan tahaaluf siyasi, kita tidak berganjak dari Islam!" - Tuan Guru Presiden PAS @ Konvensyen PAS Terengganu
 
 Ditulis oleh Khairul Azlam Mohamad

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI : Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government' .

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran...

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV...

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul...

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti...

Umno takut untuk teruskan
Dia (Umno) tidak berani...
 
 

Isnin, 25 Mei 2015

BANTAH DAN KUTUK : HUKUMAN BUNUH KE ATAS MORSI ADALAH PERANCANGAN JAHAT MUSUH ISLAM.



DPPK BAGAN DATOH : KUTUK DAN BANTAH KEZALIMAN KUDETA MESIR

HUKUMAN MATI KE ATAS DR. MORSI DAN SYEIKH DR. YUSUF QARADHAWI SERTA PEMIMPIN IKHWANUL MUSLIMIN MERUPAKAN TINDAKAN ZALIM DAN KEJAM TERBARU PIHAK KUDETA MESIR

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menyeru seluruh umat Islam untuk bersolidariti buat mangsa kezaliman Kudeta Mesir 


BAGAN DATOH : Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang terus menerus dirancang ke atas umat Islam dan gerakan Islam khususnya di Mesir ketika ini.

Terbaru yang dilakukan kepada umat Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan Kudeta Mesir dalam kekejaman yang seakan- akan tiada noktahnya apabila pihak Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, mengetuai senarai ialah Mantan Presiden yang digulingkan iaitu Dr. Mohammad Morsi.

Dr. Mohammad Morsi dan 100 orang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain ialah antaranya Mursyidul Am Dr. Mohammad Badi’, pimpinan kanan Khairat Shatir, Presiden FJP Dr. Saad Katatni, Naib Presiden FJP Dr. Esom Eryan, pemimpin Ikhwan Dr. Mohammed Beltaji dan termasuk ulamak dunia Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi yang menetap di Qatar ketika ini.

“ Persoalannya, apakah dosa dan salah sebenar mereka sehinggakan dijatuhkan hukuman sedemikan rupa ? Ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah dendam kesumat dan niat jahat yang jelas berada dalam jiwa pimpinan kudeta yang telah merampas kerajaan kira-kira 2 tahun lalu daripada Presiden Dr. Morsi,” menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid.

Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyatakan rasa kecewa dengan sikap Kedutaan Mesir apabila enggan dan tidak mahu menerima memorandum bantahan yang diserahkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat pada 19 Mei lalu.

Menurut Muhammad Haidzir lagi, bahawa keengganan pihak Kedutaan Mesir itu dilihat sebagai satu sifat biadab dan terkutuk mereka sedangkan pihak penghantar memorandum hanya ingin menyerahkan memorandum yang merupakan suara bantahan umat Islam di Malaysia khususnya pihak PAS atas tindakan hukuman mati ke atas pimpinan Ikhwanul Muslimin dan Dr. Yusuf Qaradhawi oleh pihak kudeta Mesir.

“ Demikian itu, pihak kami amat mengharapkan supaya seluruh umat Islam untuk bangkit dan buktikan solidariti kita bersama buat Dr. Morsi, Syeikh Yusuf Qaradhawi dan seluruh mangsa Kudeta Mesir ini. Selain itu, umat Islam janganlah lupa untuk teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar  pertolongan Allah dikurnikan kepada mereka,” tambahnya beliau lagi.

ISU ROHINGYA : UMAT ISLAM MESTI BERSATU MEMBANTU MEREKA.



ROHINGYA : BUKAN ISU SETEMPAT, TETAPI ISU UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh Berpendapat Bahawa Krisis Kemanusiaan Sebenarnya Sedang Berlaku Ke Atas Etnik Rohingya Ketika Ini.

BAGAN DATOH : Melihat isu yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya ketika ini, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan rasa simpati dan sedih atas perkara yang berlaku. Masyarakat Rohingya terpaksa menjadi pelarian akibat kesan penganiayaan dan kezaliman kerajaan Myanmar ke atas mereka.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid berkata, penganiyaan oleh pihak kerajaan Myanmar ke atas masyarakat Rohingya ini adalah sudah menjadi suatu krisis kemanusiaan dan pastinya memerlukan bantuan serta tindakan segera oleh semua pihak berkenaan.

“ Bahawa pihak kami, bersetuju dan menyokong cadangan Tuan Guru Presiden PAS tempoh hari dalam menangani isu ini dengan menggesa kepada pihak kerajaan Malaysia yang merupakan Pengerusi Asean untuk mengadakan perbincangan khas serta mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penganiayaan tersebut,” jelas beliau lagi sebagai sokongan cadangan Presiden PAS berikut.

Menurut Muhammad Haidzir lagi, bahawa isu yang berlaku kepada masyarat Rohingya ini adalah bukan sahaja isu setempat bahkan ia merupakan isu umat Islam. Umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia diminta agar mengambil perhatian serta sensitif dengan isu yang berlaku ketika ini. Mangsa yang dibunuh dengan kejam sehinggakan ada yang dibakar dan diperlakukan seperti binatang.

“ Ini adalah kekejaman serta penganiyaan yang amat dasyat kepda etnik ini. Oleh itu, umat Islam di negara ini khasnya diharapkan dapat memberi bantuan kepada masyarakat Rohingya ini. Mereka adalah saudara kita yang sedang diuji dengan kesusahan. Sewajarnya kita terus memberi bantuan sedaya mungkin,” katanya lagi.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh juga mengharapkan tindakan segera akan diambil daripada pihak berwajib dan tertentu dalam menangani isu dan konflik yang berlaku ini. Pihaknya juga akan membantu dengan melalui Lajnah Kebajikan dan beberapa badan serta pertubuhan untuk memastikan tidak ketinggalan dalam usaha membantu meringankan beban mangsa pelarian Rohinya itu.

Selain itu, DPPK Bagan Datoh menyeru kepada seluruh rakyat dan umat Islam agar bersama-sama bermunajat dan solat hajat agar Allah SWT menyelamatkan saudara seagama kita ( Masyarakat Rohingya ).

jambori amal kuala kangsar 2008