pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 25 Mei 2015

MUKTAMAR DPPN PERAK KALI 32 : USTAZ AKMAL MENGETUAI DPPN PERAK SESI 2015-2017



USTAZ AKMAL KAMARUDDIN  KETUAI DEWAN PEMUDA PAS PERAK

Pemilihan Jawatankuasa Kerja bagi jawatan Ketua tanpa pertandingan menyaksikan Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Ustaz Akmal dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perak sesi 2015-2017

AIR KUNING, TAIPING : Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke 32 yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning Taiping 17 Mei lalu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. YB. Dato’ Hj, Mahfuz Omar. 

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Perak, Tn. Hj. Razman Zakaria dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ramadhan Fitri Elias.

Muktamar tahunan kali ini juga menyaksikan tahun pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi sesi 2015- 2017.

Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin telah diamanahkan oleh perwakilan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Perak menggantikan Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang meninggalkan kepemudaannya.

Jawatan Timbalan Ketua yang sebelum ini dipegang oleh Mohd Akmal telah diisi oleh Ustaz Mohd Hafez bin Sabri manakala Ustaz Khairi Jamaluddin kekalkan jawatan sebagai Naib Ketua.

Kesemua jawatan tidak berlaku pertandingan kecuali Ahli Jawatankuasa apabila 12 orang telah bersetuju bertanding bagi memilih seramai 10 orang mengisi jawatan tersebut.

Mereka yang terpilih adalah Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ustaz Akmal Sani, Ustaz Abdullah Adam, Ustaz Syakirin Hussin, Ustaz Mujahid Fadzil, Ustaz Faisal Puait, Ustaz Qahar Shamsudin, Awis Qarni, Rif’at Razman dan Hamidi Hamizi.

Manakala bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap pula masing-masing telah diisi oleh Ustaz Fairuz Hafiz Othman dan Mohd Aidil Abdul Aziz manakala jawatan Pemeriksa Kira-kira diamanahkan kepada Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan Ustaz Anuar Morat.

Ketika berucap dalam ucapan penggulungnya, selaku Ketua yang baharu, Ustaz Akmal melahirkan perasaan sedih apabila menganggap beliau bukanlah orang paling layak memegang jawatan itu. Beliau amat mengharapkan seluruh Jawatankuasa yang dilantik serta pemuda-pemuda di setiap kawasan supaya dapat bekerjasama sepenuhnya untuk menjayakan misi dan visi Pemuda PAS Perak kali ini.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008