pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 25 Mei 2015

BANTAH DAN KUTUK : HUKUMAN BUNUH KE ATAS MORSI ADALAH PERANCANGAN JAHAT MUSUH ISLAM.



DPPK BAGAN DATOH : KUTUK DAN BANTAH KEZALIMAN KUDETA MESIR

HUKUMAN MATI KE ATAS DR. MORSI DAN SYEIKH DR. YUSUF QARADHAWI SERTA PEMIMPIN IKHWANUL MUSLIMIN MERUPAKAN TINDAKAN ZALIM DAN KEJAM TERBARU PIHAK KUDETA MESIR

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menyeru seluruh umat Islam untuk bersolidariti buat mangsa kezaliman Kudeta Mesir 


BAGAN DATOH : Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman yang terus menerus dirancang ke atas umat Islam dan gerakan Islam khususnya di Mesir ketika ini.

Terbaru yang dilakukan kepada umat Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan Kudeta Mesir dalam kekejaman yang seakan- akan tiada noktahnya apabila pihak Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, mengetuai senarai ialah Mantan Presiden yang digulingkan iaitu Dr. Mohammad Morsi.

Dr. Mohammad Morsi dan 100 orang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain ialah antaranya Mursyidul Am Dr. Mohammad Badi’, pimpinan kanan Khairat Shatir, Presiden FJP Dr. Saad Katatni, Naib Presiden FJP Dr. Esom Eryan, pemimpin Ikhwan Dr. Mohammed Beltaji dan termasuk ulamak dunia Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi yang menetap di Qatar ketika ini.

“ Persoalannya, apakah dosa dan salah sebenar mereka sehinggakan dijatuhkan hukuman sedemikan rupa ? Ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah dendam kesumat dan niat jahat yang jelas berada dalam jiwa pimpinan kudeta yang telah merampas kerajaan kira-kira 2 tahun lalu daripada Presiden Dr. Morsi,” menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid.

Dalam masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyatakan rasa kecewa dengan sikap Kedutaan Mesir apabila enggan dan tidak mahu menerima memorandum bantahan yang diserahkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat pada 19 Mei lalu.

Menurut Muhammad Haidzir lagi, bahawa keengganan pihak Kedutaan Mesir itu dilihat sebagai satu sifat biadab dan terkutuk mereka sedangkan pihak penghantar memorandum hanya ingin menyerahkan memorandum yang merupakan suara bantahan umat Islam di Malaysia khususnya pihak PAS atas tindakan hukuman mati ke atas pimpinan Ikhwanul Muslimin dan Dr. Yusuf Qaradhawi oleh pihak kudeta Mesir.

“ Demikian itu, pihak kami amat mengharapkan supaya seluruh umat Islam untuk bangkit dan buktikan solidariti kita bersama buat Dr. Morsi, Syeikh Yusuf Qaradhawi dan seluruh mangsa Kudeta Mesir ini. Selain itu, umat Islam janganlah lupa untuk teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar  pertolongan Allah dikurnikan kepada mereka,” tambahnya beliau lagi.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008