pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 25 Mei 2015

MUKTAMAR TAHUNAN DPPN PERAK KALI 32 : PERWAKILAN DPPK BAGAN DATOH HADIRI MUKTAMAR.



MUKTAMAR TAHUNAN DPPN PERAK KALI 32 : BERLANGSUNG TENANG DAN CERIA, PENUH MUHASABAH DI BAWAH TEMA “ TEKAL BERILTIZAM ”

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menganggap perjalanan Muktamar kali ini lebih penuh muhasabah buat pimpinan dan juga ahli dengan kasih mesra.

AIR KUNING, TAIPING : Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menganggap dan berpendapat bahawa perjalanan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali 32 ini adalah lebih bermuhasabah buat pimpinan dan ahli perwakilan yang hadir daripada seluruh pelusuk negeri.


Bertemakan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, “Tekal Beriltizam” telah menyaksikan pembahasan setiap wakil DPP Kawasan dapat menghuraikan setiap pandangan dan pendapat para perwakilan di dalam dewan.

Perwakilan DPP Kawasan Bagan Datoh adalah terdiri daripada Ustaz Amir Hamzah Ibrahim, Ustaz Mohd Khairi Abdullah, Ustaz Hasnezam Hasani, Ustaz Mustaid Saifuddin, Ustaz Muhamad Nizam Khairi dan Hj. Muhammad Haidzir Ajid.

Walaupun adakalanya pandangan serta teguran daripada beberapa orang perwakilan dalam membahas ucaptama muktamar agak sedikit hangat dan panas, namun ianya tidaklah hingga menghilangkan suasana tenang dewan tersebut. 



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008