pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 21 Mei 2015

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMA' : ISU FITNAH GABUNGAN PAS & UMNO.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMA.
ISU FITNAH GABUNGAN PAS & UMNO


Majlis Syura Ulamak dalam sidangnya ke 31 di Kolej Islam Zulkifli Mohamad pada 19hb Mei 2015 mengambil perhatian serius dakwaan dan fitnah sesetengah pihak bahawa pihak Majlis Syura Ulamak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan UMNO. Dengan ini, pihak MSU menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan UMNO. 

Majlis Syura Ulamak juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli Majlis Syura Ulamak seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan lain lain ahli jawatankuasa Majlis Syura Ulamak. 

Majlis Syura Ulamak dengan ini menyeru supaya semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam.

Dato' Dr Nik Zawawi Nik Salleh,
SU Majlis Syura Ulama.
Khamis 21 Mei 2015 / 3 Syaaban 1436H

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008