Dia mendakwa, ketika kejadian,  suami dan anak kapalnya masih  berada di dalam perairan negara Malaysia namun ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum dibawa ke negara jiran itu.

Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa suami dan rakannya itu  telah dihadapkan ke mahkamah negara itu pada  baru-baru ini dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara  3 tahun  hngga 3 1/2 tahun setiap seorang.

“Saya telah meminta bantuan berkenaan kejadian itu menerusi Penasihat Polis Komuniti Bagan Datoh, Koh Soon Huat bagi membantu membawa pulang suami saya dipenjara di negara jiran.

“Apa yang saya tidak mengerti mengapa  kejadian ini boleh berulang kembali walaupun kedua-dua negara sudah bersetuju membebaskan nelayan dari kedua -dua negara sekiranya mereka didapati menceroboh  menangkap  ikan di kawasan perairan kedua -dua negara,”katanya ketika ditemui media, di sini.

Sementara itu, Koh Soon Huat   berkata, sebelum ini, dalam perjanjian persefahaman  dibuat, pihak berkuasa Malaysia dan lndonesia bersetuju membebaskan nelayan dari kedua -dua negara sekiranya mereka didapati menceroboh  menangkap  ikan di kawasan perairan kedua-dua negara.

Katanya, namun begitu,   pihak negara jiran  didapati telah melanggar etika perjanjian persefahaman itu sebaliknya bertindak tanpa mengikut perjanjian dibuat.

Beliau juga meminta kepada pihak berkenaan bagi membantu keluarga mangsa berunding dengan negara Indonesia bagi menyelesaikan berkaitan dengan nelayan Malaysia.

“Saya meminta kepada kementerian berkenaan termasuk Kementerian  Dalam Negeri serta Pertahanan termasuk pihak diplomatik untuk mengambil berat perkara ini disamping membantu nelayan Malaysia sering kali ditahan oleh pihak berkuasa  negara jiran.

“Jika pekara ini masih berterusan tanpa jalan penyelesaian, ianya boleh  menjejaskan hubungan  diplomatik antara kedua negara berjiran sekaligus  akan merugikan kepada nelayan tempatan itu sendiri,”katanya
.