pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 7 Mei 2015

PRK P. 091 ROMPIN: TAHNIAH BUAT USTAZ NAZRI DAN SELURUH JENTERA PAS DI ROMPIN.

DPPK BAGAN DATOH UCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PAS KURANGKAN MAJORITI UNDI BN DAN TINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAS DI PRK ROMPIN

Calon PAS, Ustaz Nazri Perolehi Undi 14,901 manakala Calon BN, 23,796 undi.


SELEKOH, BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh mengucapkan tahniah kepada Calon PAS di Pilihan Raya Kecil ( PRK ) P. 091 Rompin pada 5 Mei lalu, Ustaz Nazri Ahmad atas kejayaan mengurangkan jumlah majoriti undi BN di Parlimen tersebut.

Bagi PRK Rompin yang diadakan semalam ( 5 Mei ) , SPR telah mengumumkan keputusannya iaitu BN mendapat 23,796 undi dan PAS pula mendapat 14,901 undi menjadikan majoritinya ialah 8,895 undi. Undi rosak pula ialah 591 undi. Ini bermakna terdapat 39,288 orang yang telah keluar membuang undi pada hari semalam.

Dengan kemerosotan peratusan keluar mengundi semalam, bagi mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13, BN sekurang-kurangnya patut mendapat 25,741 undi dan PAS pula memadai mendapat 12,790 undi sahaja menjadikan majoritinya ialah 12,951 undi.

Tetapi, berdasarkan keputusan yang diumumkan semalam, undi BN menurun sebanyak 20.8% (6,244 undi) berdasarkan PRU13 lalu atau merosot 8.2% (1,945) untuk berada pada kedudukan mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas.

Menariknya, undi PAS pula telah melebihi 14.2% (2,111 undi) daripada kedudukan untuk mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas. Mudahnya, tahap sokongan terhadap PAS sebenarnya meningkat.


Sekali lagi, pihak DPPK Bagan Datoh mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera dan petugas yang bekerja keras dan terus memperjuangkan Islam di muka bumi Allah SWT ini.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008