pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 25 Mei 2015

ISU ROHINGYA : UMAT ISLAM MESTI BERSATU MEMBANTU MEREKA.



ROHINGYA : BUKAN ISU SETEMPAT, TETAPI ISU UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh Berpendapat Bahawa Krisis Kemanusiaan Sebenarnya Sedang Berlaku Ke Atas Etnik Rohingya Ketika Ini.

BAGAN DATOH : Melihat isu yang berlaku ke atas masyarakat Rohingya ketika ini, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan rasa simpati dan sedih atas perkara yang berlaku. Masyarakat Rohingya terpaksa menjadi pelarian akibat kesan penganiayaan dan kezaliman kerajaan Myanmar ke atas mereka.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid berkata, penganiyaan oleh pihak kerajaan Myanmar ke atas masyarakat Rohingya ini adalah sudah menjadi suatu krisis kemanusiaan dan pastinya memerlukan bantuan serta tindakan segera oleh semua pihak berkenaan.

“ Bahawa pihak kami, bersetuju dan menyokong cadangan Tuan Guru Presiden PAS tempoh hari dalam menangani isu ini dengan menggesa kepada pihak kerajaan Malaysia yang merupakan Pengerusi Asean untuk mengadakan perbincangan khas serta mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penganiayaan tersebut,” jelas beliau lagi sebagai sokongan cadangan Presiden PAS berikut.

Menurut Muhammad Haidzir lagi, bahawa isu yang berlaku kepada masyarat Rohingya ini adalah bukan sahaja isu setempat bahkan ia merupakan isu umat Islam. Umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia diminta agar mengambil perhatian serta sensitif dengan isu yang berlaku ketika ini. Mangsa yang dibunuh dengan kejam sehinggakan ada yang dibakar dan diperlakukan seperti binatang.

“ Ini adalah kekejaman serta penganiyaan yang amat dasyat kepda etnik ini. Oleh itu, umat Islam di negara ini khasnya diharapkan dapat memberi bantuan kepada masyarakat Rohingya ini. Mereka adalah saudara kita yang sedang diuji dengan kesusahan. Sewajarnya kita terus memberi bantuan sedaya mungkin,” katanya lagi.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh juga mengharapkan tindakan segera akan diambil daripada pihak berwajib dan tertentu dalam menangani isu dan konflik yang berlaku ini. Pihaknya juga akan membantu dengan melalui Lajnah Kebajikan dan beberapa badan serta pertubuhan untuk memastikan tidak ketinggalan dalam usaha membantu meringankan beban mangsa pelarian Rohinya itu.

Selain itu, DPPK Bagan Datoh menyeru kepada seluruh rakyat dan umat Islam agar bersama-sama bermunajat dan solat hajat agar Allah SWT menyelamatkan saudara seagama kita ( Masyarakat Rohingya ).

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008