pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 2 Julai 2012

KEMBARA RUNGKUP '12 : ANAK MUDA GEGAR RUNGKUP !


KR’12 KP DAN GTP : ANAK MUDA BAKAL TAWAN BAGAN DATOH

Hampir 200 anak muda bersama program konvoi bermotor Pemuda PAS Bagan Datoh ziarah kawasan Rungkup

BAGAN DATOH : Buat julung kalinya, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah berjaya menganjurkan sebuah program konvoi bermotor yang bertemakan “ Kembara Rungkup ’12 : Ziarah Mahabbah.. Kami Peduli ! ”. Program tersebut  diadakan pada 30 Jun ( Sabtu ) lalu merangkumi kawasan sekitar Bagan Datoh khususnya Rungkup.

Konvoi kembara sehari tersebut adalah merupakan satu daripada usaha pihak Pemuda PAS Bagan Datoh sebagai simbolik menyahut janji parti kepada rakyat bahawa PAS adalah pilihan rakyat sebagai sebuah kerajaan berkebajikan. Ianya juga sebagai persediaan jentera pemuda PAS Bagan Datoh untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Antara tujuan lain program yang diatur ialah membuktikan pemuda PAS mampu memberi komitmen terbaik dalam membantu masyarakat miskin khususnya sekitar DUN Rungkup. Bertepatan pula pada hari tersebut, Badan Perhubungan PAS Perak telah mengadakan program Gerak Tawan Perak yang merupakan agenda PAS dalam memenangi serta menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Penggabungan dua buah program itu telah menarik minat anak muda dan rakyat setempat untuk turut serta memeriahkannya. Kehadiran para pimpinan PAS peringkat negeri sedikit sebanyak membangkitkan semangat para penyokong PAS tempatan dalam menjayakan misi program sehari tersebut.

Program yang bermula seawal pagi hari sabtu itu, telah dihadiri sendiri Pesuruhjaya PAS Perak iaitu Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hasan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairy Jamaluddin juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Bagan Datoh.


Para peserta telah berkumpul seawal jam 7 pagi di perkarangan rumah Tuan Hj. Arifin @ Ramli bin Husin yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Bagan Datoh. Beliau telah sudi dan sedia menjadikan rumahnya sebagai tempat perlepasan peserta konvoi.

Konvoi kembara itu juga turut disertai kumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi daripada pasukan Amal Bikers Group ( ABG ). Sebanyak 15 buah motorsikal berkuasa tinggi terlibat pada konvoi kali ini. Manakala penyertaan anak muda sekitar Bagan Datoh adalah 60 buah motorsikal sepanjang konvoi berlangsung.

Konvoi kembara tersebut yang bermula dari Parit 1, Sg. Sumun dan berakhir di Parit 1, Sg. Pergam telah menyumbangkan sekampit beras kepada mereka yang layak menerimanya. Antara lokasi dan kampung yang terlibat ialah Tebuk Hj. Tahir, Kg. Sg. Batang, Sg. Hj. Mohammad, Tebuk Sg. Belukang, Kg. Selekoh, Sg. Tiang Darat, Sg. Tiang Baroh, Sg. Lanchang, Rungkup, Sg. Balai Darat, Matang Kunda, Parit Nibong, Simpang Tiga, Sg. Betul, Bagan Datoh dan Sg. Pergam.

Program telah berakhir pada jam 4. 30 petang dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta telah disampaikan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008