pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 8 Julai 2012

TERIMA KASIH SEMUA : NIZAM KHAIRI - PENGARAH KEMBARA RUNGKUP 2012


DERUMAN MOTORSIKAL KONVOI KEMBARA ZIARAH MAHABBAH PEMUDA GEGAR RUNGKUP

Kira – kira 200 anak muda sertai konvoi sambil menziarahi rakyat miskin sekitar DUN Rungkup bersama skuad Gerak Tawan Perak ( GTP ).

BAGAN DATOH : Matlamat dan misinya hanya untuk menziarahi penduduk dan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukannya. Demikian program terbaru anjuran Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh yang berjaya menarik penglibatan kira –kira 200 orang anak muda dari sekitar DUN Rungkup pada 30 Jun lalu.



Pengarah program, Muhammad Nizam Khairi menyatakan rasa kesyukuran apabila matlamat program tersebut berjaya dicapai. Walaupun  begitu, menurutnya  lagi pada peringkat awal tetap timbul permasalahan kecil tetapi kerana kerjasama semua pihak akhirnya terlaksana konvoi sehari yang bertemakan “ Kembara Rungkup 12 : Ziarah Mahabbah Pemuda.. Kami Peduli!” tersebut.

Usaha kerjasama antara Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh dan Dewan Pemuda PAS Perak itu turut bertujuan menarik golongan anak muda mendekati PAS serta seterusnya mendekatkan parti tersebut kepada rakyat.
Antara pengisian sepanjang konvoi tersebut ialah menziarahi penduduk miskin di sekitar DUN Rungkup sambil menyerahkan sumbangan kepada mereka. Kawasan yang terlibat antaranya  Tebuk Hj. Tahir, Sg. Batang, Sg. Hj. Mohammad, Selekoh, Sg. Tiang Darat, Sg. Tiang Baroh, Rungkup, Sg. Lanchang, Sg. Balai Darat, Sg. Nipah Darat, Sg. Betul, Sg. Nipah Baroh,Pasang Api , Bagan Datoh dan Sg. Pergam.

Selain itu, juga diadakan jamuan rakyat di perkarangan rumah seorang aktivis PAS di Kampung Rungkup bersama pimpinan PAS negeri dan kawasan. Antara pimpinan PAS yang turut serta progam ialah Pesuruhjaya PAS Perak sendiri, Ustaz Abu Bakar Hussin, Timbalannya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Abu Hassan bersama Naibnya, Uztaz Khairy Jamaluddin dan beberapa pimpinan lain.

Konvoi yang bermula seawal pagi dengan dimulai sarapan pagi di perkarangan rumah Tn. Hj. Ariffin Hussin selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan dan tempat perlepasan peserta konvoi kembara sehari tersebut di sini. Selain penyerahan sumbangan, penyebaran risalah penerangan turut dilakukan di sekitar kawasan pekan Selekoh sebagai menjelaskan isu – isu semasa di negeri Perak khususnya.

Konvoi kembara berakhir pada petang di Sg. Pergam dengan majlis penyerahan sijil serta ucapan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Abu Hassan. Dalam ucapannya, beliau melihat sokongan anak muda kepada PAS adalah semakin baik. Beliau turut mengharapkan, seluruh anak muda untuk mendekati serta memamahi sebenar perjuangan PAS agar terus tetap dan kekal dalam perjuangnya.

Manakala di sebelah malamnya, telah diadakan ceramah politik perdana daripada pimpinan PAS peringkat negeri Perak. Antaranya ialah Abu Bakar Husin ( Pesuruhjaya PAS Perak ), Asmuni Awi ( Pengarah Pilihanraya PAS Perak ) dan Mohd Zawawi Abu Hassan ( Ketua Pemuda PAS Perak ).


Menurut Muhammad Nizam selaku Pengarah program lagi, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program kali ini di sini.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008