PERSOALAN DALAM DIRI RAKYAT APABILA :
1 - UMNO/ BN MENJADIKAN PROJEK RAKYAT SEBAGAI MEDAN KEMPEN PARTI MEREKA ?
2 - TIDAK SEDARKAH MEREKA BAHAWAS BUKAN SEMUA RAKYAT SOKONG DAN SUKA MEREKA ( UMNO/ BN ) ?
Semalam, tarikh 6 Julai hari Jumaat yang penuh keberkatan teman telah menghadiri jemputan ke Majlis Pelancaran Pecah Tanah untuk projek membina jalan raya baru dari Sg. Dulang sampai Sg. Ipil. ( dah lama janji projek ni ).
Walaupun teman dah agak apa yang akan berlaku, teman gagahkan jugak untuk pergi ke lokasi program tersebut. Belangsung majlis itu di Sekolah Agama Rakyat Kg. Sg Dulang Dalam. Teman datang sebagai menghormati masyarakat kampung di situ. Ikut hati dan nafsu tak kan teman pergi.
YB. Dato' menteri yang lancarkan projek tu. Siapa lagi wakil rakyat paling disayangi lah yang seorang itu. Dato' Zahid ( anak jawa yang pernah disebut2 bakal jadi PM ).
Mujurlah teman datang agak lewat sedikit. Kalau tidak lagi panaslah telinga teman dengar beliau berucap. Teman sampai je, agak - agak lima minit Dato' Seri mengakhiri ucapannya, Tapi sempat jugak lah teman dengar ucapan yang seolah - olah majlis itu kempen undi parti lapuk tu .
Bendera parti biru pekat tu usah ditanya lah. Para pimpinan partinya pun siap berbaju biru - biru kegelapan. Teman teruskan sehingga selesai juga lah program " rakyat" itu.
NAMA PROGRAM IALAH PELANCARAN PECAH TANAH MEMBINA JALAN RAYA BARU DARI SG. DULANG KE SG. IPIL. ( PROJEK UNTUK RAKYAT KAN..BAGUS DAH TU ).
TAPI...TU LAH TEMAN NAK BANGKITKAN BEBERAPA PERKARA :
1 - Perlukah bendera parti dipasang penuh sedangkan bendera Malaysia ( paling tidak bendera negeri lah ) langsung tak ada..
2 - Dalam ucapan Dato' seri memang jelas kempen untuk sokong partinya..
3 - Mengapa ADUN kawasan tersebut tidak dijemput ( kerana projek dalam kawasan DUN nya..) sepatutnya dijemput kerana projek untuk rakyat..
4 - Kenapa pula orang lain yang di jemput yang langsung tidak kena mengena dengan kawasan tersebut..
5 - DAN MACAM - MACAM LAGI LAGI..
Akhirnya Teman nak kongsikan dengan semua..FIKIRLAH MANA SEPATUTNYA KITA PILIH DALAM PILIHANRAYA NANTI..
TEMAN SAYANG MALAYSIA..MAKA UBAH SEKARANG!
Langkah megah Dato' seri sambil dikibari bendera Barisan Nasional. Projek BN !
Senyuman puas terpapar diwajah " mesra " Dato' seri ketika malakukan gimik pecah tanah.
Apa yang tidak puas hati lagi, Jalan dah bagi.Nak apa lagi ?
Antara muka penyibuk DUN orang lain. Jaga Rungkup la Datuk. Sibuk DUN orang je.
Rakyat boleh baca sendiri. Kita tunggu dan ucap terima kasih banyak.
Siapa dia ini ? Apakah ini bakal calon BN di Hutan Melintang. PENYIBUK jugak ni. ATAU Mungkin dia nak ziarah keluarganya di Hutan Melintang.
Bendara apa itu ? Majlis BN ye ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan