pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 2 Julai 2012

KEMBARA RUNGKUP '12 : PJ YAKIN RUNGKUP MAMPU DITAWAN PRU 13.


KEMBARA RUNGKUP ’12 : PESURUHJAYA YAKIN PAS MAMPU TAWAN DUN RUNGKUP

Konvoi kembara mendapat sambutan hangat. Ustaz Abu Bakar yakin PRU 13, Rungkup akan dimenangi PAS.

SG. SUMUN, 30 JUN : Keyakinan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat ( PKR dan DAP )  khususnya di negeri Perak semakin tinggi berdasarkan perubahan  dan gelombang kebangkitan rakyat terutamanya anak muda di seluruh dunia khasnya di Malaysia sendiri.

Ustaz Abu Bakar menyampaikan ucapan alu - aluan ketika majlis perlepasan peserta konvoi kembara.

Rasa keyakinan tersebut telah diluahkan sendiri oleh Ustaz Abu Bakar Hussin selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Perak ketika berucap di majlis perlepasan peserta konvoi kembara bermotorsikal anjuran bersama Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh dan negeri Perak di sini kelmarin.

Menurut beliau lagi, kebangkitan anak muda di seluruh Negara amat perlu dan ditagih demi merubahkan masa depan rakyat dan negara. Kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan ( Umno/ BN ) hari ini sememangnya sudah ke tahap melampau dan perlu diundurkan dalam pilihan raya umum nanti.

Jelas beliau, Parlimen Bagan Datoh dan DUN Rungkup yang bakal ditandingi calon wakil dari PAS merupakan salah sebuah sasaran DUN yang perlu dimenangi. Ini kerana potensi kemenangan telah lama ada dan telah tiba masanya rakyat perlu memilih PAS sebagai wakil rakyat di kawasan ini.

Pesuruhjaya PAS Perak mengibarkan bendera PAS sebagai simbolik perlepasan.

Beliau juga amat terharu dan berbangga  terhadap sambutan hebat anak muda untuk menyertai program konvoi kembara jelajah Rungkup yang bertemakan “ Ziarah Mahabbah.. Kami Peduli!” anjuran Pemuda PAS.

Ustaz Abu Bakar berucap sebelum melepaskan para peserta konvoi kembara sehari yang disertai kira – kira 200 orang anak muda dari seluruh Bagan Datoh.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008