pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 3 Julai 2012

KEMBARA RUNGKUP '12 : TERIMA KASIH ANAK MUDA BERSAMA PAS.


YDP : TERIMA KASIH, PEMUDA PAS BANTU GERAK TAWAN PERAK.

Puji usaha murni Pemuda PAS bantu jayakan program Gerak Tawan Perak ( GTP ) peringkat kawasan bersama program anak muda.

Ustaz Misbahul Munir memberi ucapan sebelum para peserta konvoi berlepas.

SG. SUMUN, 30 JUN : Mempunyai agenda yang sama dan serupa iaitu menawan DUN Rungkup dan Parlimen Bagan Datoh. Maka tiada permasalahan timbul, sebaliknya menambahkan kekuatan dan semangat gelombang kebangkitan rakyat untuk menumbangkan rejim Umno/ BN di Bagan Datoh- Rungkup.

Demikian ulasan Uztaz Mohd Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan ketika berucap di majlis perlepasan peserta konvoi kembara Rungkup anjuran Pemuda PAS Kawasan dan Negeri.

Penggabungan dua buah program iaitu Gerak Tawan Perak ( GTP ) peringkat kawasan dan Konvoi Kembara Rungkup sebenarnya menzahirkan lagi kekuatan jentera pemuda dan ahli PAS di kawasan ini.

Gaya tersendiri YDP PAS Bagan Datoh menunggang mini motor.

Beliau juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berasa gembira dan menaruh harapan yang tinggi kepada rakyat khususnya di kawasan ini untuk bangkit dan sedar untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Ustaz Misbahul Munir turut menyampaikan ucapan jutaan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada pemuda PAS dan seluruh anak muda kerana menjayakan dua buah program tersebut sehingga selesai serta mencapai matlamatnya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008