pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 10 Julai 2012

HIMPUNAN HIJAU BAGAN DATOH : MERIAH DAN HANGAT !


KEYAKINAN TINGGI UNTUK TAWAN DUN RUNGKUP DAN PARLIMEN BAGAN DATOH

Majlis Himpunan Hijau dan Munajat Perdana PAS Bagan Datoh berjaya menghimpunkan 1500 orang hadirin.

BAGAN DATOH : Perkembangan positif penerimaan rakyat terhadap PAS hasil kempen himpunan hijau menyebabkan Umno/ BN semakin bimbang terutamanya berhadapan Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Bermula himpunan hijau peringkat pusat di Alor Setar, Kedah sehingga beberapa buah negeri dan kawasan telah menganjurkannya. Iannya bagai mimpi buruk bagi Umno/ BN apabila kehadiran rakyat semakin tinggi dan ramai apatah lagi di negeri kubu kuat mereka seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka turut mendapat sambutan hangat.

Pada 7 Julai lalu, dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS ke Majlis Himpunan Hijau dan Munajat Perdana PAS Bagan Datoh anjuran PAS kawasan telah berjaya menarik kehadiran penyokong dan ahli seramai kira – kira 1500 orang.

Diantara pimpinan PAS yang turut serta himpunan ialah Tn. Hj. Mohammad Sabu ( Timbalan Presiden PAS ) , Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh ) dan Dr. Muhaimin Sulam ( Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak ). Turut hadir ke majlis juga ialah Madhi Hassan ( Ketua Cabang PKR Bagan Datoh ) dan YB. S.Kesavan ( ADUN Hutan Melintang ).

Majlis Himpunan Hijau yang bermula jam 6 petang itu dimulakan dengan konvoi berkereta membawa bendera PAS mengelilingi pekan Bagan Datoh dan Rungkup serta  tayangan slide show khas Pemuda PAS kawasan. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat fardhu Mahgrib dan solat sunat Hajat berjemaah di dewan Markaz PAS Selekoh. Solat tersebut telah diimami sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Hamid. Ianya disusuli bacaan Surah Yasin dan tazkirah ringkas serta bacaan zikir.

Ketibaan Mohammad Sabu pada jam 9.30 malam telah menambahkan kemeriahan majlis himpunan tersebut. Acara majlis malam itu dimulakan dengan para hadirin bersama – sama menyayikan lagu tema PAS dengan penuh bersemangat. Seterusnya majlis adalah ucapan alu – aluan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua kawasan juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Dalam ucapan beliau, telah mengingatkan bahawa perlunya PAS dan Pakatan Rakyat kembali merampas semula kemenangan dalam pilihanraya nanti. Ianya adalah misi jelas untuk menumbangkan kerajaan pada hari ini yang semakin teruk menzalimi rakyat seluruhnya. Selesai itu, sebagai menghormati rakan dalam Pakatan Rakyat, majlis memberi peluang kepada Madhi Hassan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh menyampaikan ucapannya.

Walaupun kehadirannya agak sedikit lewat, namun ianya tetap tidak melemahkan semangat untuk ucapan oleh Dr. Muhaimin Sulam selaku setiausaha PAS Perak yang dijemput sebagai penceramah kali ini. Beliau menyampaikan ucapan dengan penuh semangat dan seni apabila beliau sering membacakan sajak ketika dalam ucapannya. Serunya lagi, rakyat seharusnya perlu fikir seterusanya bangkit untuk lawan penipuan yang dilakukan kerajaan hari ini.

Sebelum ucaptama oleh Mohamad Sabu, beliau telah diberi penghormatan untuk melakukan dua pelancaran iaitu pelancaran Jentera Pilihanraya PAS cawangan Selekoh dan Kelab Anak Rantau PAS Bagan Datoh ( AKRAB ) yang ditubuhkan PAS kawasan sebagai alternative merapatkan antara ahli di perantauan.

Sememangnya telah dinantikan para hadirin ucapan oleh Timbalan Presiden PAS yang cukup dikenali dengan penuh semangat serta selitan jenaka ketika berucap. Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli dan penyokong supaya sentiasa peka dan bersedia kerana apa – apa kemungkinan berkaitan pilihanraya akan berlaku. Ini kerana katanya, Umno/ BN sudah berada di zon ketakutan apabila pelbagai isu yang ditimbulkan mereka akhirnya memakan diri sendiri.

Antara contohnya beliau menyebut berkaitan isu komunis yang sememangnya dikaitkan terhadap dirinya. Namun berkat semangat dan percaya bantuan Allah, akhirnya beliau bebas daripada tuduhan menghasut rakyat. Beliau telah menceritakan sendiri bagaimana pengalaman sepanjang perbicaraan kes tersebut ketika ucapannya.

Majlis himpunan tersebut berakhir tepat jam 12.00 malam dengan bacaan doa dan ikrar oleh Ustaz Ahmad Jailani. Menurut pengarah program , Tn. Hj. Ariffin @ Ramli Hussin menyatakan kejayaan himpunan kali ini adalah hasil kerjasama semua pihak.


Para jemaah sedang menunaikan solat fadhu Maghrib berjemaah.

Ustaz Jailani mengimamkan solat sunat hajat.

Petugas pilihanraya pemuda PAS sedang menyemak pendaftaran.

Para petugas sibuk melakukan tugasan masing - masing.

Pelancaran Jentera Pilihanraya cawangan Selekoh.

Cikgu Kamarudin menyerahkan borang keahlian PAS baru.

Ucapan Sdr. Madhi Hassan - Ketua Cabang PKR Bagan Datoh

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbah menyampaikan ucapannya.

Sebahagian hadirin yang hadir ke himpunan hijau kali ini.

Ucapan utama oleh Mohamad Sabu mendapat sambutan hebat hadirin.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008