pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 14 Julai 2012

TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ : PEMUDA PAS BAGAN DATOH


Al-Fatihah buat ibu Abu Bakar Chik


KUALA NERUS: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kehilangan ibundanya Esah Yusuf, 88, yang telah meninggal dunia akibat sakit tua.

Allahyarham Esah disahkan meninggal dunia di rumah di Kampung Tepoh, kira-kira jam 7.53 petang semalam di sisi anak-anak termasuk Ustaz Abu Bakar Chik dan ahli keluarganya.

Ustaz Abu Bakar menyifatkan pemergian allahyarham ibundanya adalah ketentuan Allah swt yang pasti dihadapi oleh setiap makhluk yang bernyawa.

Menurut beliau, ibu adalah ‘permata hati’ yang sangat disayangi serta menjadi inspirasi dalam perjuangan Islam PAS.

“Saya harap dan mendoakan agar ibu dan bapa yang telah ‘pergi’ (meninggal dunia) dicucuri rahmat-Nya dan tergolong di kalangan hamba yang beramal soleh.

“Kami semua redha dan terima kehilangan ibu yang banyak mendorong semangat perjuangan Islam, Insya’Allah,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PAS Pusat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang datang menziarahi jenazah ibunya.

Ustaz Abu Bakar mengimamkan solat jenazah allahyarham ibunya bersama 100 orang pelajar Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Tok Jiring serta orang ramai.

Hadir sama Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, pimpinan PAS setempat termasuk Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepoh kira-kira 30 meter dari rumahnya
.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008