pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 16 Julai 2012

MOKO : MENGAPA HINGGA SEKARANG TIADA PAMPASAN!


VIRUS MOKO : PEMUDA PAS KECEWA TIADA TINDAKAN SUSULAN BERSUNGGUH OLEH PIHAK BERKENAAN

Nasib keadaan pekebun ( tanaman pisang ) di Bagan Datoh alami kerugian akibat serangan virus Moko sejak setahun lalu.


BAGAN DATOH : Akibat serangan sejenis virus penyakit tanaman kira - kira 90 peratus pekebun di kawasan ini mengalami ratusan ribu ringgit sejak hampir setahun lalu. Semuanya berlaku dalam sekelip mata namun ianya teah memberi kesan kepada pendapatan pengusaha  tanaman tersebut. Pelbagai cara dan usaha untuk mengatasi telah dilakukan mereka tetapi ianya seolah – olah gagal dicapai.

Tambah mengecewakan lagi para pengusaha ialah tiada tindakan bersungguh daripada pihak terbabit seperti Jabatan Pertanian mahupun Kementeriannya sendiri. Setakat ini hanya beberapa langkah kecil yang telah diambil antaranya pegawai Jabatan Pertanian bertemu pengusaha mengambil maklumat sebagai langkah memberi pampasan kerugian. Namun sehingga kini tiada apa – apa maklumat mengenainya.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh melalui Lujnah Pertanian dan Perikanan menyatakan rasa kecewa apabila pihak berwajib tidak mengambil langkah bersungguh bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama berlaku  berikut. Ketuanya, Mazlan Adha Jalal  menyatakan kekesalan tersebut hasil temuramah beliau sendiri dan berkongsi kekecewaan bersama beberapa individu pengusaha tanaman pisang di sekitar kawasan Hutan Melintang – Bagan Datoh.

Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bacteria. Nama saintifiknya adalahRalstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, dan kacang tanah.

Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Penyakit ini sukar dikawal kerana ia berjangkit melalui penggunaan peralatan seperti parang, cangkul atau pisang. Pokok lain akan dijangkiti Moko sekiranya peralatan yang sama digunakan.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008