RATUSAN RAKYAT HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA NAIB PRESIDEN PAS, DATO' MAHDFUZ OMAR DAN BEKAS SELEBRITI,AISHAH ANJURAN PAS KAWASAN
Ramadhan adalah bulan tarbiah kepada seluruh umat Islam, Tiada fahaman karut lagi seperti Bulan Ramadhan tidak boleh bicara soal politik dan pembangunan negara.
SELEKOH- 29 Julai : Sepatutnya tidak perlu timbul fahaman karut dan pelik yang perlu dikeluarkan oleh Umno/ BN di bulan yang penuh keberkatan ini. Fahaman seperti budak hingusan apabila mereka menyatakan sempena bulan Ramadhan sepatutnya semua pihak senyap dan diam dari membicarakan soal politik dan berkaitan rakyat serta perlu meningkatkan amal ibadah yang lain.
Ibarat ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan lurus. Demikian gambaran selayaknya kepada Umno/ BN .
Tersebut adalah petikan sebahagian isi kandungan kecil ucapan YB. Dato' Mahdfuz ketika menyampaikan ceramahnya pada malam semalam.
Majlis Iftar ( berbuka puasa ) dan solat sunat Tarawikh bersama Dato' Mahdfuz Omar ( Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena ) dan Aishah ( bekas penyanyi ) anjuran PAS Kawasan telah berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk sekitar.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Khairy Jamaluddin pada jam 6.45 petang.
Pada jam 7.00 malam, kehadiran YB. Dato' Mahdfuz Omar disambut oleh para tetamu.
Majlis berbuka puasa tepat pada jam 7. 34 malam dan para tetamu menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.
Seusai tersebut, para tetamu menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh YB. Dato' Mahdfuz Omar sendiri.
Setelah selesai menunaikan solat Fardhu Isyak dan solat sunat Tarawikh, majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan tetamu jemputan iaitu, Dato' Mahfuz Omar dan Pn. Aishah Ariffin ( bekas Selebriti 90an ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan