pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 4 Jun 2015

MUKTAMAR TAHUNAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALI 56 : USTAZ ABDUH DIPILIH PERWAKILAN UNTUK MEMPIMPIN PEMUDA PAS

USTAZ NIK MOHAMMAD ABDUH MENANG JAWATAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

YB. Ustaz Abduh menang mengalahkan penyadang sebelum ini, Suhaoizan untuk memimpin Pemuda PAS Malaysia buat penggal 2015- 2017.


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017.

Beliau mengalahkan penyandang sebelum ini, Suhaizan Kaiat dengan perbezaan 166 undi.

Beliau mendapat 429 undi berbanding Suhaizan yang mendapat 263 undi pada pemilihan sempena Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke 56.

Kata Nik Abduh, undi yang diterima Suhaizan merupakan sempadan serta peringatan untuk beliau bertugas dengan lebih baik kepada Pemuda PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada yang memilih saya pada pemilihan kali ini, jika sebelum ini saya mengumumkan untuk meninggalkan Dewan Pemuda PAS tapi kemenangan ini mengembalikan semula saya.

"Saya turut mengingati diri saya, dengan undi yang diterima Suhaizan ia merupakan satu peringatan kepada saya untuk bertanggungjawab kepada Pemuda PAS," katanya sejurus keputusan diumumkan.

Beliau akan menjelajah keseluruh negara bagi bertemu dengan seluruh pemuda di peringkat negeri dalam menyatu padu perpaduan sebelum ini.

Nik Abduh yang menerima kemenangan dengan rendah diri itu turut mengingatkan agar ahli tidak mengkritik serta mempersenda mereka yang tidak dipilih pada pemilihan kali ini. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008