pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 4 Jun 2015

MUKTAMAR PAS PUSAT : 7 AMANAT TUAN GURU PRESIDEN SEMPENA UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR HARI INI.


7 Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Perasmian Muktamar PAS Pusat kali ke 61.
 
 
Bertitik tolak di atas tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan” ini, maka marilah sama- sama kita pada hari ini memahaminya dan menggerakkan jemaah ini untuk menghadapi apa juga cabaran yang sedang menunggu di hadapan dengan penuh yakin kepada dasar dan prinsip perjuangan ini dengan mengambil tindakan-tindakan berikut :

1. Marilah sama-sama pada hari ini kita menyatakan kesetiaan kita kepada perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berdasarkan kepada panduan al- Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah ﷺ dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT.

2. Marilah kita memahami maksud kemenangan yang dinyatakan oleh Allah SWT. Kemenangan yang mahu dicapai adalah sebahagian dari usaha mendapatkan redha Allah SWT. Kita berjuang siang dan malam adalah kerana mencari redha Allah SWT. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita semua, dan jemaah yang menjadi platform perjuangan kita memenuhi syarat kemenangan yang telah digariskan oleh Islam dengan makna kemenangan yang sebenar.

3. Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan setiap dari kita bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah yang dijalankan oleh jemaah. Tarbiyah inilah yang akan menyediakan diri kita untuk lebih faham dan yakin terhadap fikrah perjuangan ini yang sempadannya bukan sahaja di dunia tetapi hingga ke akhirat.

4. Marilah kita mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat, semua Dewan- Dewan dan Lajnah, termasuklah Cawangan, Kawasan dan negeri. Saya menyeru kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya merapatkan saf perjuangan bersendikan fikrah perjuangan yang jelas dan tulen, melipat gandakan gerakkerja amal jamaie dan Islammi, dengan tumpuan kepada halatuju perjuangan untuk meraih kemenangan di dunia melalui dakwah dan siasah berpilihanraya, serta menang pula di akhirat iaitu mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

5. Marilah kita membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita ini. Semua pihak dan peringkat dalam organisasi ini mestilah memahami fiqhul-waqie, dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ﷺ.

6. Marilah kita meneruskan kerjasama Tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as- Sunnah, dan berta’awun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam dan bukan Islam dalam negara kita, serta tidak bertolak ansur dalam perkara kezaliman dan kemungkaran.

7. Marilah kita mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, dan menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam.

Rebung buluh dibuat ulam,
rumpun diikat dengan getah,
berpegang teguh bersama Islam,
Membujur lalu menentang patah.


"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008