pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 18 Jun 2015

DPPK BD : MASA UNTUK FOKUS DAN GERAK KERJA JEMAAH MEMASTIKAN ISLAM DIJULANG



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH SERU SELURUH AHLI FOKUS DAN LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI PARTI

Menyatakan sokongan padu terhadap saf kepimpinan PAS yang baharu, berdiri teguh bersama Presiden PAS dan memperingatkan seluruh ahli tidak mudah kecewa, merajuk dalam perjuangan.


BAGAN DATOH, Selekoh : Situasi krisis yang berlaku dalaman  PAS ketika ini sedikit sebanyak tidak mengubah pendirian pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, sekali gus terus berdiri teguh bersama kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dan barisan Jawatankuasa PAS yang baharu dipilih seusai muktamar PAS baru – baru ini.

Pihaknya amat mengharapkan kepada seluruh ahli PAS untuk terus memberi sokongan penuh dan padu terhadap kepimpinan parti yang telahpun dipilih melalui muktamar yang sah. Demikian itu, tidak seharusnya timbul isu dan masalah untuk terus bersama- sama memastikan parti bergerak dalam keadaan yang baik dan lancar.

Menurut ketuanya, Amir Hamzah Ibrahim menyatakan bahawa semua pihak khususnya ahli parti tidak sepatutnya menjadikan isu berikutan keputusan pemilihan jawatankuasa PAS kali ini. Bahkan seluruh ahli diminta menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

“ Sepatutnya seluruh ahli PAS menerima keputusan ini. Kerana ianya adalah pilihan perwakilan di muktamar.” Menurutnya ketika bercakap selepas mesyuarat bulanan dewan itu.

Beliau turut menyatakan, bahawa ketika ini adalah masa untuk memberikan tumpuan serta fokus dalam gerak kerja parti. Sebaliknya, bukanlah masa untuk berkelahi dan membuang masa yang hanya mendatangkan keburukkan parti dan orang ramai.
Selain itu, Amir Hamzah juga mengharapkan kepada seluruh ahli PAS agar tidak mudah kecewa dan merajuk. Beliau mengingatkan bahawa PAS sebagai sebuah jemaah dan gerakan Islam yang cukup dikenali, tidak seharusnya ada ahli di dalamnya yang berhati kecil.

“ Sebagai sebuah gerakan dan jemaah Islam, ahli seharusnya mempunyai sifat yang berani dan terbuka dengan keputusan pimpinan. Jangan mudah merajuk dan kecewa. Kita sudah ditarbiyah untuk menjadi pejuang yang cekal.” Ujarlah lagi.

Jelasnya lagi, ahli PAS yang telah dididik dan ditarbiyah untuk menjadi pejuang agama tidak akan mempunyai sifat – sifat demikian.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008