pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 12 Jun 2015

PASCA MUKTMAR : PAS KINI DI LANDASAN YANG BETUL

PAS KINI BERADA DI LANDASAN YANG BETUL
Selepas Muktamar ke 61 yang berlansung di Kuala Selangor, Selangor, minggu lepas, PAS kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia. Saf kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi PAS kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar. Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada di landasan yang betul:

1. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini. Segmen pengundi Melayu adalah segmen terpenting untuk dikuasai oleh mana-mana parti atau gabungan kerana mereka adalah teras politik Malaysia, malah faktor kestabilan politik Malaysia terpenting. 

2. PAS semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak. Peranan yang dimainkan oleh Dewan Himpunan PAS (DHPP) menjadi semakin penting, di samping PAS mula meneroka hubungan persefahaman dengan kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Tidak mustahil PAS akan mula meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi kerusi tradisi DAP hari ini.

3. PAS semakin bersedia untuk menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti (multi parties system) seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara-negara membangun. Diyakini dalam beberapa tahun mendatang tiada parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan yang stabil tanpa sokongan parti atau gabungan yang lain. Dalam konteks Malaysia, situasi ini menjadi lebih rencam disebabkan ada dua lapis kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan. Oleh sebab itu, PAS seharusnya menjadi parti yang bersikap terbuka kepada semua pihak sesuai dengan 'Islam sebagai rahmat kepada semua'.

4. PAS semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini. Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang Sains dan Teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan.

Menyedari hakikat tersebut, seluruh ahli PAS diseru untuk merapatkan ukhuwah dan memperkukuhkan iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru yang akan memberi fokus kepada gerak kerja sehingga ke akar umbi masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada isu. PAS akan menjadi sebuah gerakan Islam yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahah rakyat. Pendek kata, para pendukung PAS perlu bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan baru untuk menjadikan PAS sebagai pencatur utama (king Maker) kepada politik Malaysia.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
9 Jun 2015 Masehi
22 Syaban 1436 Hijrah

8 ulasan:

DinSikuLutut. berkata...

kah kah kah!
"PAS kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia".
Suatu kenyataan yang boleh menyebabkan pelajar PASTI tertawa sambil hisap botol susu. Penuh dengan retorik dan melambangkan "cakap besar".
Muktamar PAS dan krsannya mestilah dilihat dari kaca mata penyokong2 dan akar umbi PAS. Sumber kekuatan dan sokongan kepada PAS dari penyokong bukan ahli, amat tinggi peratusannya
Setelah sekian lama akar umbi dan penyokong PAS tidak memberi perhatian kepada apa yang berlangsung dalam muktamar PAS. Namun pada muktamar kali ini, mereka mula membuka mata ke atas apa yang berlaku dalam muktamar.
Disinilah penilaian pertama kekuatan PAS selepas muktamar boleh diukur. Begitu juga kedudukan PAS boleh ditentukan, sama ada PAS dibawah pimpinan sekarang berada pada landasan yang betul atau sebaliknya.
Adalah terlalu bodoh, jika kita menyatakan kepada penyokong PAS bahawa kita bertambah kuat setelah kita telah berpecah dan koyak rabak. Bahkan terlalu tolol, jika kita katakan kita berada pada landasan betul. Sedangkan semasa pemilihan kita memilih pemimpin kita seperti UMNO. Bahkan lebih mengaibkan bila kopiah dan serban dikepala kita maki hamun seperti orang tiada iman.
Sebelum penyokong PAS menilai siapa yang menang dan siapa kalah dalam pemilihan. Mereka akan menilai bagaimana kita berusaha untuk menang dan bagaimana akhlak kita untuk mengalahkan orang.

GEBU berkata...

Kalau nak bagi ulasan biarlah berdasarkan kepada akal atas yg berpandukan kpd Al-Quran dan Hadith bukan ikut akal bawah yg berpandukan kpd pancaindera.

DinSikuLutut. berkata...

Nama aku pun menunjukkan siapa aku!
Aku seorang yang tidak pandai menggunakan kepala akal, namun aku hanya menggunakan kepala siku dan kepala lutut untuk berfikir.
pasal al-Qur'an dan as-Sunnah jangan dikaitkan, kerana inilah kemahiran dan profesional aku.

DinSikuLutut. berkata...

catat si penulis :
"1. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini".

Betulkah makalah ini dicatat tulis dari qalam seorang yang bernama "Dr Mohd Zuhdi Marzuki".
Siapa beliau itu bukan kerja aku, yang aku kenal dalam PAS hanya seorang, iaitu guru aku TGNA.
Adakah undi yang diperolehi calon PAS dalam pilihanraya PRK Rompin merupakan suatu tanda alamat yang menunjukkan orang muda telah kembali memberi kepercayaan kepada PAS.
Subhanallah!
Qiasan maal fariq dan natijah dari analisis yang tidak berpaksi kepada fakta seperti inilah yang telah menyebabkan kita bertakabur dan bersikap sombong mengatakan kita akan bertambah kuat bila bersendirian.
Pelajar tadika atau warga emas mengetahui bahawa sebahagian pengundi di Parlimen Rompin dalam PRK lepas mengundi PAS kerana ingin menunjukkan protes terhadap GST dan isu 1MDB.
Tiada suatu fakta pun yang menunjukkan dan menyokong bahawa pengundi di lubuk UMNO yang tiba-tiba mengundi kerana mereka bertukar parti kerana sukakan PAS.
Mungkin anilisis dan pendapat yang songsang inilah yang digunakan ketika pimpinan PAS pusat begitu gedebe di Selangor.
Suatu hakikat yang telah diterima ramai, kecuali orang yang tolol daripada asal. Bahawa pengundi Selangor Melayu, Cina dan India mengundi PAS kerana bencikan UMNO. Amat malang jika kita menegakkan benang basah dengan mengatakan PAS Selangor sebuah parti yang kuat (terutama selepas muktamar), dimana orang-orang Cina dan India telah menyokong PAS.
Mungkin pimpinan PAS terpengaruh dengan ilham bodoh inilah mereka beria-ia ingin bersendirian walaupun di Selangor.

DinSikuLutut. berkata...

si dia tulis,
"2. PAS semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak".

Ada sejenis penyakit jiwa yang menyebabkan seseorang menjadi "nanar" dan mengarut. Penyakit ini biasa boleh diubati oleh bomoh hantu dan jin. Bomoh jin dan saka yang tersohor seperti harun din telah banyak mengubati penyakit ini.
Mungkin penyakit nanar penulis telah menghasilkan suatu kenyataan yang bertentangan dengan realiti dan kenyataan.
Bagaimana beliau boleh berfikir untuk mempengaruhi pengundi bukan Islam, terutama kaum cina dan iban.
Kebanyakan pengundi cina telah bertukar arus daripada menyokong MCA dan Gerakan, sekaligus menolak UMNO/BN. Mereka telah menyokong dan mengundi DAP secara total. Keadaan ini terbukti dengan keputusan pilihanraya di P.Pinang dan kawasan bandar. Atas alasan DAP dalam PR, mereka sanggup menyokong kerabat PR, walaupun parti tersebut dilihat parti anti cina seperti PAS.
Ini bermakna orang2 cina yang mengundi PAS mempercayai bahawa PAS sahabat kepada DAP. Mustahil orang-orang cina mengundi PAS kerana mereka teruja dengan TGHH, mokhtar senik, nik abduh, nasaruddin tantawi dan khairudin takiri.
Bahkan seorang india yang menjadi penyokong PAS telah mengkritik secara terbuka dalam muktamar PAS mengenai tingkah laku pimpinan baru PAS ketika kempen pemilihan parti. Beliau mencabar supaya tunjukkan ayat al-Qur'an yang mana satu yang mengharuskan fitnah.
Jika orang bukan islam yang berada dalam khemah PAS geli geman dengan pimpinan baru PAS, bagaimana pula yang berada diluar khemah PAS.
Khayalan yang terlalu kuat akan menyebabkan seseorang akan nanar tak tentu hala. Begitu juga jika kita kata, PAS boleh menguasai orang bukan Islam di Serawak dalam pimpinan baru.
Bagaimana orang bukan Islam Sarawak boleh menerima PAS, belum apa-apa lagi PAS telah menolak calun iban Baru Bian sebagai ketua menteri dalam Pilihanraya lepas. Kalau tidak atas alasan PR dan PKR Serawak, nescaya tiada undi iban, bidayuh dan orang ulu diberikan kepada PAS (kalau pengasas PAS sarawak, Allahyarham Mansor Din masih ada, beliau akan menyetujui pendapat aku).
Kenyataan seperti boleh dibuat untuk mendodoi anak, namun jika disiarkan untuk bacaan umum kenyataan ini jadi bahan lawak " Qu Putih".

GEBU berkata...

Dr. Mohd Zuhdi Marzuki punya ulasan tentang PAS KINI BERADA DILANDASAN YG BETUL adalah sama seperti yg diucapkan oleh Tok Jib yg transformasi negara telah menampakan kesan yg positif....BETUL KE? Kalau bagi orang kampong yg tak tahu isu 1MDB punya fikiran...mereka boleh terima.tapi bagi orang yg punya akal yg sempurna akan ketawa berguling2 membaca ulasan dari seorang yg pandai sbb ada PhD maa! tapi tak cerdik sbb ulasan yg tak ada fakta tapi ampu semata2 agar mendapat habuan duniawi walau pun terpaksa mengadai status PhD.

Tanpa Nama berkata...

Pas ini perjuangkan apa sebenarnya? Adakah nabi d hntar sekadar hendak mndirikan daulah islamiyah? Dan hukum hudud semata? Bgaimana dgn mbela nasib org yg teraniaya? Ini adalah ms pas mnjatuhkan pnguasa zalim ( BN) dgn bkrjsama dlm pr. Soal hudud bole bncang kdian. Adakah hanya dgn hudud baru pas beranggapan misi mereka dlm mperjuangkan agama sempurna? Knpa skdr melihat sejarah selepas hijrah. Adakah sejarah 13 tahun nabi d mekah tdk penting dan boleh djadikan iktibar?

Tanpa Nama berkata...

Ulasan syok sendiri oleh Phd Holder (tesis dia lain, isu kupasan ni tak mengambarkan keupayaan seseorang yg dah ada Phd)
Tak pa kalau dia berpandangan begitu. Apa yg diharapkan ialah mereka terus bersedia utk berada di landasan yg betul tu walau apa pun cubaan dari umno utk berkongsi landasan

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008