PENTAS ANAK MUDA : SUARA MAHASISWA,
SUARA RAKYAT- BANGKIT MERUBAH MASA DEPAN NEGARA
Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis,
Adam Adli amat dinantikan dan membangkitkan semangat rakyat Bagan Datoh bangkit
lawan penipuan UMNO/ BN selama ini.
BAGAN DATOH : Pengajaran yang berlaku di
Parlimen Pekan ( MP Najib Razak ) adalah sebagai satu contoh yang menunjukkan
bahawa sistem negara demokrasi di Malaysia amat mengecewakan seluruh rakyat.
Apabila gerakan mahasiswa bersuara di negara ini cuba dinafikan haknya oleh
pimpinan kerajaan hari ini dengan mengupah samseng-samseng untuk menghalang
suara mahasiswa dan rakyat menular di seluruh Malaysia.
Apabila hak suara rakyat termasuklah
golongan mahasiswa di negara ini di sekat, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan
pada hari ini amatlah tidak layak lagi untuk mentadbir terus negara. Ianya
membuktikan sesungguhnya kerajaan UMNO/ BN pada hari ini yang diketuai oleh
Datuk Seri Najib Razak amat bimbang dan takut menerima kekalahan dalam
Pilihanraya Umum 13 nanti.
Demikian antara kandungan ceramah
yang disampaikan oleh Adam Adli di program Pentas Anak Muda : “ Suara
Mahasiswa, Suara Rakyat “ yang berlangsung di Perkarangan Rumah Cikgu Said
Muhammad, Parit 6 Sg. Sumun semalam.
Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis,
Adam Adli Abdul Halim tersebut ke kawasan Bagan Datoh amatlah dinantikan oleh
rakyat di sini khususnya anak- anak muda. Program anjuran AMK Cabang Bagan
Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh serta Pimpinan
Pakatan Rakyat Bagan Datoh berikut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500
orang hadirin.
Adam Adli merupakan anak muda yang
tiba-tiba melonjak namanya dalam tempoh dua tahun lalu dan kemudiannya kini
diangkat sebagai ikon anak muda yang berani bersuara dan bertindak menurunkan
bendera berwajah Datuk Seri Najib Razak di PWTC. Oleh kerana tindakannya
tersebut beliau kini digantung daripada pengajiannya di Universiti Perguruan
Sultan Idris ( UPSI ) Tanjung Malim.
Dalam siri ceramah tersebut, beliau
mengharapkan dan mengajak rakyat khususnya anak- anak muda untuk bangkit serta
menentang penipuan dan kezaliman UMNO/ BN. Beliau juga adalah antara nama- nama
mahasiswa di negara ini yang berani bersuara dan memimpin perubahan suasana
politik di Malaysia dikalangan mahasiswa. Menurutnya golongan mahasiswa sangat
penting untuk menjadi pengkritik dan bersuara untuk membetulkan sesuatu perkara
khususnya berkaitan pentadbiran negara.
“ Golongan anak muda dan mahasiswa
khasnya perlu menjadi pengimbang ( pengkritik yang membina ) politik negara
ini. Ini adalah kerana golongan inilah yang akan meneruskan pentadbiran negara
( Malaysia ) ini. Maka perlunya golongan ( muda ) berani.” Ujar dan serunya
beliau.
Selain Adam Adli yang berceramah di
majlis tersebut, turut hadir dan menyampaikan ucapn ialah pimpinan PAS dan PKR
Cabang Bagan Datoh. Antaranya, Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh merangkap
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Cabang
PKR Bagan Datoh juga Naib Pengerusi PKR Perak, Madhi Hj. Hasan, Ahli Dewan
Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang, YB. S. Kesavan, Naib Ketua Dewan
Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairi Jamaludin, Setiuasaha AMK Perak, Sdr. Khairul ,
Ketua AMK Bagan Datoh, Sdr. Damaraj dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.