pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 16 Februari 2013

MASYARAKAT TIONG HUA GEMBIRA SAMBUT ZIARAH PIMPINAN PR BAGAN DATOH.


PAS KAWASAN BAGAN DATOH TERUSKAN TRADISI SANTUNI MASYARAKAT CINA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir bersama pimpinan Pakatan Rakyat kawasan yang lain menziarahi masyarakat Tiong Hua.

BAGAN DATOH : Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, PAS Kawasan Bagan Datoh mengambil kesempatan dengan menziarahi penduduk masyarakat Cina di sekitar kawasan Bagan Datoh. Matlamat lawatan dan ziarah tersebut adalah sebagai merapatkan perpaduan antara kaum di negara ini. Ianya juga membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti politik untuk semua bangsa dan masyarakat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki telah mengetuai sendiri siri lawatan tersebut. Beliau berpendapat walaupun berlainan bangsa dan agama serta kepercayaan , tidak menjadi penghalang masyarakat Islam dan Melayu untuk berhubung juga bermesra terhadap masyarakat lain. Sebagaimana ajaran Nabi Muhammad SAW memerintahkan untuk berbuat baik sesama manusia walaupun mereka bukan tergolong dikalangan yang beragama Islam.

Selain Ustaz Misbahul Munir, turut serta lawatan dan ziarah tersebut adalah pimpinan PAS Kawasan dan PKR Cabang Bagan Datoh. Ketuanya, Madhi Hj. Hasan berkata bahawa ziarah yang dilakukan ini bukanlah perkara baru dan hanya di hari tertentu. Malahan seringkali telah dilakukan perkara sedemikian rupa kerana menurutnya, ianya adalah suatu kebiasaan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat di mana- mana untuk bertemu rakyat dan penduduk di sini.

Dalam siri ziarah tersebut, para pimpinan Pakatan Rakyat Bagan Datoh mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama penduduk Tiong Hua dan juga memberi sumbangan sebagai tanda kemesraan. 







Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008