PAS BAGAN DATOH : HARAP RAKYAT
BERDOA DAN BERANI DEMI KEMENANGAN ISLAM DAN RAKYAT NEGARA INI
YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbah
mengharapkan seluruh rakyat di DUN Rungkup meneruskan usaha dengan keberaniaan
untuk menuntut kemenangan petisyen DUN tersebut.
BAGAN DATOH : Satu majlis kesyukuran dan
meraikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Hutan Melintang telah diadakan
semalam bertempat di Parit 1, Sg. Sumun. Turut hadir meraikan majlis tersebut
ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar bin
Jamaluddin.
Dalam majlis itu, Ustaz Mohd
Misbahul Munir Masduki selaku YDP PAS Kawasan Bagan Datoh menyampaikan ucapan
di hadapan kira-kira 500 orang tetamu daripada pelbagai kaum. Beliau dalam
ucapannya menyatakan bahawa tiada perasaan kecewa dan malu walaupun sudah 4
kali gagal untuk memenangi kerusi DUN Rungkup dalam 4 siri Pilihan raya Umum di
Negara ini.
Bahkan beliau semakin bersemangat
untuk terus berjuang melawan Umno-BN sampai bila-bila demi menegakkan syiar
Islam dan keadilan di negara ini. Kita ( PAS dan Pakatan Rakyat ) bukannya
tidak mahu menerima kekalahan, bahkan redha keputusan pilihan raya umum ke 13
lalu tetapi segala penipuan dan penyelewengan pihak Umno-BN dan SPR itulah
sebenarnya yang tidak boleh rakyat terima.
Ustaz Misbah yang juga merupakan
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memohon dan mengharapkan kerjasama dan
keberanian rakyat khususnya di Rungkup untuk melaporkan segala salahlaku dan
salahguna kuasa pihak Umno-BN dan SPR sepanjang tempoh pilihan raya umum lalu.
Dakwanya lagi, terlalu banyak kesalahan-kesalahan dan penyelewengan telah
berlaku sepanjang PRU 13 lalu.
Beliau mengingatkan kepada hadirin hanya
dengan keberanian rakyat, bahawa harapan rakyat akan tercapai dengan menolak
Umno-BN sebagai kerajaan di negara dan negeri ini. Hakikatnya, rakyat sudah
cukup mengenali mereka ( Umno-BN ) sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan
menindas rakyat.
Pelbagai kesalahan Umno-BN dapat
dilihat dalam tempoh PRU 13 lalu. Sebagai contohnya, pemberian wang ringgit,
barangan, ucapan berbentuk ugutan serta sogokan dan pelbagai lagi adalah
sebagai bukti bahawa Umno-BN telah melakukan kesalahan dalam masa berkempen.
Demikian itu, rakyat mestilah berani untuk menjadi saksi dan keselamatan adalah
terjamin.
DUN Rungkup adalah salah satu
petisyen yang akan dilakukan di negeri Perak kerana majoriti kemenangan calon
BN tidak melebihi 1000 undi. Maka, Ustaz Misbah meminta dan mengharap sekali
lagi dalam ucapan dalam majlis tersebut untuk berani melaporkan kesalahan dan
salahguna kuasa serta laku pihak Umno-BN.
1 ulasan:
Kita setuju dengan petisyen dari DUN RUNGKUP terhadap PRU13 yang lalu tapi buat Ustaz Misbah pula perlu muasabah diri supaya jawatan yang dipegang dalam parti bukan sebagai tiket untuk terus menerus menjadi calun kerana kriteria sebagai wakil rakyat tidak diukur kepada jawatan yang dipegang dalam parti tetapi kriteria yang dianugerahkan oleh ILAHI.
Selamat bermuasabah diri untuk UstazMisbah.
Catat Ulasan