MATANG KUNDA- Sebuah kejadian rompakan di siang hari telah berlaku di sini pada 20 Ogos ( Selasa ) lalu. Rompakan tersebut melibat seorang pegawai daripada Kumpulan Amanah Ihtiar yang membawa wang sebanyak RM 28,000.00 di dalam keretanya sejurus melakukan kutipan hutang para peserta di sekitar Bagan Datoh di sini.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan Masjid Al-Islah, Kg. Matang Kunda ketika mana jemaah di sini sedang melakukan solat fardhu Zohor. Mangsa yang dikatakan berhenti untuk turut bersama melakukan solat tiba-tiba dihampiri 2 orang lelaki bersenjatakan parang serta mengungutnya supaya menyerahkan wang.
Sejurus itu,peristiwa yang berlaku sepantas kilat menyebabkan mangsa menyerakan semua nilai wang yang berada di dalam keretanya. Kemudian mangsa menghubungi pihak polis untuk membuat laporan rompakan tersebut.
1 ulasan:
Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
Catat Ulasan