KEHADIRAN YB. MENTERI BERI PELUANG RAKYAT ADU MASALAH PEKEBUN KELAPA DI KAWASAN INI.
Sempena majlis perasmian Hari Ladang Kelapa 2012 di Bagan Datoh, Datuk Seri Noh Omar dijangka akan bertemu rakyat untuk menyampaikan bantuan.
BAGAN DATOH ( Hutan Melintang ) : Banyak pihak telah menerima jemputan bagi menghadiri Majlis Perasmian Hari Ladang Kelapa oleh YB. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri ( Dr. ) Noh Hj. Omar pada 4 November 2012 ( Ahad ) dan bertempat di Jabatan Pertanian Teluk Bharu, Hutan Melintang di sini.
Antara pihak yang menerima jemputan tersebut ialah guru- guru dan kakitangan sekolah- sekolah sekitar daerah Hilir Perak. Selain itu, kakitangan agensi- agensi kerajaan dan penerima bantuan turut dijemput dijangka memeriahkan majlis tersebut.
Namun, bagi rakyat inilah peluang untuk bersemuka menteri yang bertanggungjawab menguruskan hal - hal pertanian terutamanya pekebun - pekebun kelapa dan kelapa sawit juga pisang di sini.
Justeru itu, rakyat dijemput dan di alu -alukan untuk bertemu YB. Menteri itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan