TAZKIRAH : UMAT ISLAM JANGAN LUPAKAN SIRAH RASULULLAH S.A.W.
KERANA IANYA ADALAH PANDUAN UMAT ISLAM HINGGA KIAMAT.
Al- Quran dan Hadis menjadi pegangan dan di amalkan dalam
kehidupan seharian umat Islam pasti kuat serta kekuatan Islam itu digeruni
musuh- musuh.
BAGAN DATOH : Tazkirah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz
Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia amat menekankan serta meningatkan seluruh umat Islam bahawa
jangan sesekali melupakan sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. Beliau
menyampaikan tazkirah tersebut dalam sebuah majlis selepas solat fardhu Maghrib
berjemaah di Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh di sini kelmarin.
Ujarnya, umat Islam ketika ini dijahilkan atau diperbodohkan
dengan keadaan sistem dunia hari ini. Sebenarnya ianya adalah satu ancaman
besar daripada pihak musuh- musuh Islam yang sentiasa merancang untuk
menghancurkan umat Islam. Beliau berkata, suasana sekeliling dan kemajuan dunia
amatlah menekan umat Islam untuk berdaya maju serta beramal ibadah kepada Allah
S.W.T.
Pengisian tazkirah beliau adalah menyebutkan bahawa
perjuangan yang di bawa Nabi Muhammad S.A.W
sebagai contoh terbaik kepada umat Islam pada hari ini. Namun, agak
malang dan mengecewakan apabila ada golongan umat Islam yang menentang sistem
yang di ajar berpandukan wahyu oleh
Rasulullah S.A.W. Malahan ada yang turut memperlekehkan Syariat Islam yang suci
lagi benar itu hatta sekalipun pemimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Seruanya lagi, umat Islam perlu berusaha dalam memahami ilmu
Islam. Kejahilan akan menghancurkan seseorang muslim kerana ianya menyebabkan
amalan dan kelakuan seharian dalam hidup manusia hanya sia- sia. Sistem Negara
dan pemerintahan hari ini telah menyekat umat Islam untuk memahami dan
mengembangkan syiar Islam itu sendiri. Pelbagai bukti dapat disaksikan apabila
intitusi agama Islam disekat dan dihadkan daripada menganjurkan majlis- majlis
ilmu dan ibadah- ibadah lain.
Katanya lagi, bukti dalam sirah Rasulullah S.A.W dalam
riwayatnya menunjukkan bahawa Islam akan berkembang dan dilaksanakan segala
kandungannya apabila berjaya mempunyai kuasa. Oleh demikian itu, PAS sebagai
parti Islam yang memperjuangkan Islam sentiasa konsestan untuk terus berusaha
menegakkan Islam di bumi Allah S.W.T . ini.
Diakhir tazkirah beliau mengajak seluruh umat Islam supaya
bersama menghayati dan mencontohi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu,
umat Islam hendaklah bercita – cita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.
Setiap perjuangan yang menuntut kebenaran Allah S.W.T. pastinya golongan ini
akan berada di atas jalan Allah S.W.T serta mendapat keberkatan dan
keredhaan-NYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan