ZIARAH MAHABBAH : PAS KAWASAN ZIARAH WARGA EMAS, PESAKIT
KELENJAR BENGKAK DI SG. BURUNG
Hj. Abdullah Hj. Mat Wali, 70, terharu atas sikap prihatin
PAS apabila menerima kunjungan Ustaz Misbahul Munir Masduki dan AJK PAS Kawasan
ke rumahnya
BAGAN DATOH ( Kg. Sg. Burung ) : Atas sikap prihatin, PAS Kawasan Bagan Datoh melalui Yang
Dipertuanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Ahli Jawatankuasanya telah
menziarahi seorang warga emas yang uzur kerana menghindapi penyakit kelenjar
bengkak sebulan lalu, Hj. Abdullah Hj. Mat Wali, 70 di sini kelmarin.
Ustaz Misbahul memberi kata-kata semangat kepada Hj. Abdullah
Menurut Hj. Abdullah, beliau melahirkan rasa terharu dan
gembira kerana masih ada lagi pemimpin kawasan yang sanggup hadir
menziarahinya. Kehadiran Yang Dipertua PAS tersebut dianggap sebagai satu
contoh terbaik kerana di situlah sifat keprihatinan dan tanggungjawab yang
mesti ada pada seorang pemimpin. Beliau yang menghidapi penyakit tersebut sejak
beberapa lalu terlantar di hospital dan kini telah dibenarkan pulang ke rumah
serta akan menerima rawatan susulan.
Manakala Ustaz Misbahul Munir dalam ziarahnya itu,
menyatakan perasaan sedih dengan apa yang dihadapi dan nasib yang menimpa oleh
Hj. Abdullah tersebut. Namun, beliau berpesan dan memberi kata- kata perangsang
serta nasihat agar Hj. Abdullah yang kini masih menetap di Kg. Sungai Burung, Rungkup itu agar sabar dan
tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T. ini.
Hj. Abdullah yang berusia 70 tahun kini tidak lagi dapat
untuk bekerja sepenuhnya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan dan kesihatannya
yang semakin uzur. Beliau yang kini masih tinggal bersama isteri dan anak
bongsunya hanya akan turun ke kebun ketika mana sihat dan mampu untuk melakukan
kerja- kerja di kebun. Namun beban hidupnya bersama isteri dan anak bongsunya tersebut
sedikit kurang apabila anak-anaknya yang bekerja di luar kawasan akan
memberikan wang belanja secara terusan setiap bulanan.
Turut bersama Ustaz Misbahul Munir, beberapa orang Ahli
Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Datoh yang turut sama merasai simpati ke atas
nasib Hj. AAbdullah sekeluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan