KEZALIMAN SEBUAH KERAJAAN SEBAGAIMANA CONTOH FIRAUN DAN RAJA NAMRUD DI ZAMAN NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA : USTAZ MISBAHUL MUNIR
Perumpamaan kepada penerima bantuan sebagai " haiwan " telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga mengelirukan rakyat hak sebenar mereka di negara ini.
BAGAN DATOH : Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan rasa kecewa terhadap isu yang melanda ke atas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya ianya adalah mainan propaganda pihak Umno/ BN yang sememangnya tidak berpuas hati terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan tersebut.
Beliau mengulas dan menjawab isu tersebut di sebuah majlis tazkirah di sini. Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan isu perumpamaan sebagai haiwan adalah sebenarnya ditujukan kepada pihak kerajaan hari ini. Menurutnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pihak kerajaan tidak seharusnya menjadikan pemberian bantuan ( BR1M dan lain-lain ) kepada sebagai " umpan semata- mata menarik undi kepada Umno/ BN dalam Pilihanraya Umum 13 ( PRU ).
Jelasnya lagi, beliau melihat perkara yang diumpamakan oleh Tuan Guru itu berlaku adalah ianya dijadikan sebagai bahan kempen pilihanraya mereka ( Umno/ BN ). Ianya berlaku apabila rakyat yang layak menerima bantuan tersebut akan dijemput ke sebuah majlis penyerahan bantuan dengan menghimpunkan dalam suasana sesak dan bersusah payah tanpa menggunakan kaedah mudah si penerima. Setelah itu, wakil pimpinan Umno/ BN di parlimen masing-masing akan berucap dengan mengempen kebaikan semata-mata Umno/ BN sebagai pilihan dan memburukkan pihak parti pembangkang.
Perkara ini juga menyukarkan penerima yang terpaksa menghadapi keadaan payah dan sesak seterusnya terpaksa menanti penyerahan bantuan tersebut dengan mendengar terlebih dahulu " ucapan kempen " pimpinan Umno/ BN. Maka perkara ini dilihat sebagai menyusahkan rakyat sebagai mana memberi makan haiwan yang mana setelah kenyang akan ditangkap. Inilah muslihat yang dilakukan pihak Umno/ BN.
Maka menurut Ustaz Misbahul Munir lagi, perlakuan ini mengambarkan bahawa betapa bongkak dan sombongnya pihak Umno/ BN. Ketika dalam ucapan pimpinan Umno/ BN dalam majlis tersebut turut menyatakan bahawa hanya Umno/ BN yang akan mampu mentadbir negara ini dan memberi bantuan kepada rakyat. Dakyah ini dimainkan semata- mata agar rakyat tahu bahawa Umno/ BN yang paling baik sedangkan hakikatnya mereka jauh lebih teruk.
Tetapi kita perlu ingat bahawa kerajaan terdahulu juga melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, seperti Firaun dan kerajaannya di Mesir juga mengakui sedemikian rupa. Seolah-olah hanya Firaun mampu memberi rezeki sehingga mengakuinya sebagai tuhan. Begitu juga Raja Namrud yang zalim dan ingkar untuk mengakui Allah SWT sebagai tuhan walaupun telah diseru oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya cuba dibunuh olehnya.
Ustaz Misbahul Munir juga menyatakan bahawasanya jangan mudah terpedaya dengan janji-janji pimpinan Umno/ BN. Sebaliknya beliau mengingatkan sebagai umat Islam, kebergantungan hidup wajib kepada Allah SWT. Keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang wajib untuk ditaati dan Maha pemberi segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan