pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 20 Jun 2013

LAPORAN : JETI TIDAK KUKUH DAN SEMPIT BAHAYAKAN NELAYAN.


Jeti tidak kukuh, sempit


HUTAN MELINTANG - Jeti kayu di Kampung Batu 8, Jalan Maharajalela  yang menjadi laluan utama nelayan di sini untuk memunggah hasil tangkapan tidak lagi selamat digunakan.

Kemudahan  yang dibina secara gotong-royong pada  lima bulan lalu itu tidak sesuai lagi dilalui nelayan mahupun pelancong domestik yang mahu menyewa bot.

Penduduk, Abu Bakar Nong, 65, berkata, jeti usang itu digunakan lebih kurang 30 nelayan dari kampung tersebut untuk memunggah hasil tangkapan.

Menurutnya, struktur yang dibina tidak kukuh kerana menggunakan kayu lama manakala laluannya agak sempit.

Menurutnya, walaupun sebelum ini tiada kejadian tidak diingini berlaku, tetapi menjadi kebimbangan kepada penduduk  jika terjadi pada masa hadapan.

"Sebelum ini, kawasan itu menjadi tumpuan pemancing udang galah dengan menyewa bot milik penduduk di kawasan itu.

“Ada juga pelancong domestik daripada Kedah, Selangor dan lain-lain negeri ada datang ke jeti ini namun selepas mereka melihat keadaan jeti sempit dan tidak selamat, mereka membatalkan hasrat untuk menyewa bot nelayan di sini," katanya.

Abu Bakar berkata, akibatnya, penduduk menanggung kerugian akibat masalah berkenaan.

Selain itu, jelasnya, keadaan jeti tersebut juga membimbangkan penduduk  menggunakannya kerana dikhuatiri  tidak selamat namun mereka tiada pilihan lain. 

"Apabila air sungai surut,  sampan tidak boleh merapat ke tepi sungai, jadi nelayan terpaksa meniti di atas sampan yang  disusun di tepi pantai bagi membolehkan mereka  menaikkan hasil tangkapan.

"Walaupun setakat ini tiada penduduk yang terjatuh ke dalam sungai ketika melintasi jeti  itu, namun perkara berkenaan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan," katanya.

Abu Bakar berkata, jeti itu sepanjang 10 meter  itu seolah-olah tergantung apabila air sungai  surut  dan menyukarkan penduduk untuk menaiki sampan.

“Saya berharap jeti ini dapat diberikan perhatian kerana mampu menjana pendapatan dan menjadi tarikan pemancing udang galah di Sungai Perak,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Adun Hutan Melintang, Khairul Ehsan Sukarmon, berkata, masalah  dihadapi nelayan akan diberi perhatian.

"Kami akan menghantar surat permohonan kepada Pegawai Daerah, Exco berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu,” katanya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008