Nelayan tempatan ditahan pihak berkuasa Indonesia
HUTAN MELINTANG - Keluarga kepada dua nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia pada 15 Jun lalu meminta kepada kementerian berkenaan membantu untuk berunding dengan negara jiran untuk membebaskan ahli keluarga mereka.Isteri kepada salah seorang mangsa, Ong Miao Lian ,30-an, berkata, suami dan rakannya telah keluar menangkap ikan pada 15 Jun lalu telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum dibawa ke negara jiran itu.
Dia mendakwa, ketika kejadian, suami dan anak kapalnya masih berada di dalam perairan negara Malaysia namun ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum dibawa ke negara jiran itu.
Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa suami dan rakannya itu telah dihadapkan ke mahkamah negara itu pada baru-baru ini dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun hngga 3 1/2 tahun setiap seorang.
“Saya telah meminta bantuan berkenaan kejadian itu menerusi Penasihat Polis Komuniti Bagan Datoh, Koh Soon Huat bagi membantu membawa pulang suami saya dipenjara di negara jiran.
“Apa yang saya tidak mengerti mengapa kejadian ini boleh berulang kembali walaupun kedua-dua negara sudah bersetuju membebaskan nelayan dari kedua -dua negara sekiranya mereka didapati menceroboh menangkap ikan di kawasan perairan kedua -dua negara,”katanya ketika ditemui media, di sini.
Sementara itu, Koh Soon Huat berkata, sebelum ini, dalam perjanjian persefahaman dibuat, pihak berkuasa Malaysia dan lndonesia bersetuju membebaskan nelayan dari kedua -dua negara sekiranya mereka didapati menceroboh menangkap ikan di kawasan perairan kedua-dua negara.
Katanya, namun begitu, pihak negara jiran didapati telah melanggar etika perjanjian persefahaman itu sebaliknya bertindak tanpa mengikut perjanjian dibuat.
Beliau juga meminta kepada pihak berkenaan bagi membantu keluarga mangsa berunding dengan negara Indonesia bagi menyelesaikan berkaitan dengan nelayan Malaysia.
“Saya meminta kepada kementerian berkenaan termasuk Kementerian Dalam Negeri serta Pertahanan termasuk pihak diplomatik untuk mengambil berat perkara ini disamping membantu nelayan Malaysia sering kali ditahan oleh pihak berkuasa negara jiran.
“Jika pekara ini masih berterusan tanpa jalan penyelesaian, ianya boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua negara berjiran sekaligus akan merugikan kepada nelayan tempatan itu sendiri,”katanya
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan